Artikel Pilihan

SUBARU BRAT – ORAIT JUGA SEBENARNYA UTE NI KAN?

Lama dahulu, Subaru mempunyai pikap kecil (zaman tu istilah UTE masih belum digunapakai). Asbab kewujudannya mudah. Di kala itu wujud ruang kosong di antara trak pikap yang besar dan juga keperluan mengangkut barangan jenis runcit runcit.

Maka wujudlah permintaan daripada Presiden Subaru Amerika Syarikat ketika itu yang mahukan agar Subaru menyiapkan sebuah model trak pikap kecil bagi pasaran Amerika Syarikat. Akhirnya, model BRAT ini atau nama panjangnya Bi-drive Recreational All-terrain Transporter disiapkan pada tahun 1987 di Jepun khusus untuk tujuan itu. Menariknya, model BRAT yang diasaskan daripada model Subaru Leone generasi kedua ini didatangkan dengan pacuan semua roda, sesuatu yang cukup tipikal tentang model keluaran Subaru.

Maka janganlah hairan seandainya paras rupa hadapan Subaru BRAT ini kelihatan seperti sebuah sedan biasa. Namun hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja serta ruang mengangkut muatan yang cukup luas.

Enjin yang dibekalkan di kala itu dengan dua pilihan, 1.6 L EA-71H4 di awal pengeluaran dan juga 1.8 L EA-81H4 untuk model keluaran bermula tahun 1981. Dan tahukah bahawa disebalik ruangan enjin tersebut turut ditempatkan adalah tayar simpanan. Maklumlah, demi hendak memaksimakan ruangan muatan kargo di bahagian belakang.

Sebagai model global, Subaru ini telah dieksport ke merata negara meliputi Amerika Syarikat, Amerika Latin, Eropah, Australia dan juga New Zealand. Tahukah juga untuk model pasaran Amerika Syarikat dan Canada, Subaru BRAT ini turut dibekalkan dengan dua tempat duduk plastik pada ruangan kargo di belakang membolehkan ianya turut dikelaskan sebagai kenderaan penumpang.

Dan tahukah walaupun Subaru BRAT ini dikilangkan di Jepun, namun ianya tidak pernah dijual secara sah di tanahair sendiri. Di era 70an, permintaan untuk trak pikap kecil di negara yang jalanrayanya sememangnya kecil dan sempit tidak begitu menggalakkan. Mereka lebih menggemari Wagon. Dan disebabkan itulah, Subaru tidak pernah berniat untuk memasarkan model BRAT ini di negara sendiri.

Ketika tamatnya riwayat produksi BRAT ini pada tahun era awal 90an, Subaru sebenarnya pernah melancarkan pengganti BRAT, Subaru Baja namanya pada tahun 2002. Namun kemudiannya Subaru tidak lagi berminat untuk mengeluarkan model pikap kecil sebegini. Bukan lagi sasaran mereka.

Kredit Foto : bringatrailer.com

BACA : PROTON ARENA GSR – V GARAGE UTE

BACA : SELAMAT DATANG PREVE PIKAP

Tags
Google ads
Back to top button