Buletin

BMW X7 – TRAK PIKAP KONSEP YANG MEWAH

Mungkin sebab tak tahan ramai sangat yang bertanya bila hendak hasilkan trak pikap, BMW akhirnya membuat keputusan untuk memenuhi permintaan tersebut. 

Walaupun sekadar sebuah model konsep, namun jentera yang diberi nama sebagai X7 itu jelas menunjukkan bahawa pengeluar bavaria itu boleh buat, cuma nak atau tak nak sahaja. X7 dibina untuk acara Motorrad Day’s dan akan dipamerkan bersama barisan motosikal BMW yang lain. 

Trak pikap itu dibina hasil kerjasama dengan divisyen Binaan Kenderaan Konsep dan teknologi Model BMW Ia mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan.

X7 dikatakan 10 inci lebih panjang berbanding SUV. Sementara panjang ruang kargo belakang ialah 1.4 hingga 2.0 meter apabila ia ditutup. 

BMW menggunakan material plastik termaju iaitu CFRP pada beberapa komponen seperti bumbung, pintu dan lid belakang yang membolehkan beratnya dikurangkan sebanyak 200kg. 

Mengekalkan aspek kemewahan, ruang kabin X7 boleh menempatkan lima orang penumpang dengan selesa. Bagi membuktikan praktikalitinya, BMW meletakkan sebuah motosikal F 850 GS di atas kargo yang dialas dengan kemasan kayu. 

Manakala warna badan biru menyerlahkan lagi bahawa trak pikap ini daripada BMW. 

Google ads
Back to top button