Buletin

SUBARU BRZ STI Sport DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM118 RIBU

Pada Julai 2023 Subaru memperkenalkan BRZ tS di Amerika Syarikat yang merujuk kepada tune by STi. Kali ini giliran pelanggan di Jepun menerima BRZ yang dipertingkat termasuk versi STI Sport.

Adakah kedua-dua model USDM dan JDM sama? Ada sedikit perbezaan dari segi penampilan dan kelengkapan.

BRZ generasi kedua diperkenal pada Julai 2021 dan model terbaru dilengkapi sistem bantuan pemanduan EyeSight untuk transmisi manual yang hanya terdapat pada versi automatik sebelum ini.

Sistem EyeSight membantu dari segi pengelakan pelanggaran, pengurangan kerosakan pelanggaran dan turut mengurangkan beban pemandu untuk fokus pada jalan raya.

BRZ STI Sport pula istimewa dengan suspensi talaan STI dan tetapan redaman yang mengeluarkan daya sisi (lateral force) daripada bahagian dalam roda sebaik sahaja stereng diputar dan memberi tindak balas tinggi.

Suspensi depan model ini jenis Hitachi Astemo SFRD yang ditala STI. Sebagai pilihan, pelanggan boleh memesan brek Brembo warna emas dengan cakera 17 inci.

BRZ tS sudah siap dengan set Brembo dan kedua-dua model turut berbeza pada logo luar dan riasan dalaman.

Pada bahagian luar, cermin sisi dan antena bumbung diwarnakan hitam dan logo BRZ pada lampu depan ditukar kepada warna merah ceri. 

Rim aluminium 18 inci dibuat dalam warna hitam metalik dengan jarak rongga yang luas menampakkan suspensi baharu dan angkup brek Brembo.

Bahagian dalam menggunakan balutan Ultra Suede warna burgundy dan hitam dan kombinasi kulit asli. Logo STI terpampang pada sisi kerusi dan tiada pada BRZ tS.

Ciri-ciri Subaru BRZ 2024

  • Enjin 2.4 liter BOXER 235ps@7,000 rpm dan tork 250Nm@3,700 rpm
  • Pacuan belakang, pilihan transmisi automatik enam kelajuan E-6AT atau manual enam kelajauan 6MT
  • EyeSight sebagai ciri asas untuk varian manual
  • Tetapan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dioptimumkan
  • Tayar 17 inci baharu gred R

Spesifikasi utama Subaru BRZ STI Sport 2024

  • Penyerap hentak depan Hitachi Astemo SFRD talan STI
  • Penyerap hentak belakang STI
  • Rim aluminium 18 inci dengan tayar berprestasi tinggi saiz 215/40R
  • Brek Brembo 17 inci dengan angkup emas (pilihan pembelian)
  • Lampu depan LED dengan logo BRZ warna merah ceri
  • Cermin sisi elektrik  dan antena warna hitam kristal silika
  • Logo STI depan dan belakang
  • Meter BOXER dengan logo STI
  • Balutan Ultra Suede dan kulit asli (hitam dan burgundy, sulaman merah, riasan hitam dan logo STI)
  • Butang penghidup enjin warna merah dengan logo STI
  • Balutan suede Brin Naub pada pelindung meter dan panel pintu dengan sulaman merah

Varian dan harga Subaru BRZ STI Sport 2024

  • BRZ R 6MT – 3,300,000 yen (RM104,005)
  • BRZ R 6AT – 3,355,000yen (RM105,733)
  • BRZ S 6MT – 3,487,000 yen (RM109,893)
  • BRZ S 6AT – 3,542,000 yen (RM111,627)
  • BRZ STI Sport 6MT – 3,762,000 yen (RM118,577)
  • BRZ STI Sport 6AT – 3,817,000 yen (RM120,299)

BACA: SUBARU FORESTER 2023 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM97 RIBU

BACA: SUBARU WRX RALLY, LEBIH 18 BULAN UNTUK SIAP, TRAVIS PASTRANA PANDU MUSIM 2024

BACA: SUBARU LEVORG SPECIAL EDITION “SMART EDITION” 1.8L TURBO, DARIPADA RM110 RIBU

BACA: SUBARU BRZ tS, TERIMA NAIK TARAF BREK DAN SISTEM SUSPENSI

BACA: SUBARU CROSSTREK WILDERNESS, MODEL TINGGI UNTUK HARUNG LALUAN LASAK

Google ads
Back to top button