Buletin

SUBARU FORESTER WILDERNESS GENERASI BAHARU – LEBIH RUGGED DAN LEBIH LIAR

Tahukah anda bahawa Subaru d.an Amerika Syarikat sememangnya mempunyai hubungan yang akrab. Ramai pengikut Subaru di sana. Dan tidak hairanlah sekiranya ada beberapa varian daripada Subaru sememangnya khusus untuk pasaran sana. Dan Subaru Forester Wilderness ini antara buktinya.

Dan sehubungan dengan itu, Subaru of America Inc. telah mengumumkan varian terbaharu daripada model terkini mereka Forester yang paling tahan lasak , Subaru Forester Wilderness . Untuk rekod, generasi keenam Subaru Forester ini telah pun dilancarkan pada tahun 2023 yang lalu dengan menampilkan rekaan SUV yang lebih matang dan sedikit rugged.

Akan tetapi dengan penampilan varian Subaru Forester Wilderness ini, sudah pasti dari segi visual ianya harus kelihatan lebih rugged dan sedikit lebih liar. Paling ketara sudah tentu pada fascia hadapan yang kelihatan begitu rugged dengan rekaan bampar baharu berwarna hitam dengan terdapat rekaan skid plate pada bahagian bawah bampar. Juga terdapat tambahan lampu kabus heksagon LED untuk memberikan cahaya yang diperlukan ketika berada di kawasan gelap.

Rekaan bampar berwarna hitam tersebut pula bersambung dengan rekaan body cladding yang lebih besar berbanding rekaan yang terdapat pada varian standard Forester yang pastinya akan memberikan perlindungan pada bahagian bawah ketika melewati permukaan yang kasar.

Pada bahagian bumbung tersedia rel dengan keupayaan menampung beban sehingga 363 kg tanpa masalah untuk membawa peralatan perkhemahan misalannya. Terdapat juga cangkuk di bahagian hadapan dan belakang bertutup untuk membolehkan Subaru Forester Wilderness ini menunda beban sehingga 1,587 kg).

Terima kasih kepada spring gegelung dan penyerap hentak yang lebih panjang, Subaru Forester Wilderness ini mempunyai jarak pelepasan tanah 9.3 inci (tambahan 0.1 inci berbanding generasi sebelumnya).

Trenkuasa model ini masih lagi menggunakan nadi asal daripada generasi keenam, enjin 2.5 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 180 HP dan 241 Nm. Menggunakan transmisi CVT yang disemak semula dengan nisbah pemacu akhir yang lebih pendek untuk keupayaan off-road pada kelajuan rendah yang lebih baik.

Sistem Subaru Symmetrica pacuan semua roda juga telah disemak semula juga akan membantu Subaru Forester Wilderness ini keluar setiap laluan mencabar dengan lebih tangkas. Tayar AT Yokohama Geolandar yang lebih besar di pasang pada rim bersaiz 17 inci pastinya akan membantu memberikan lebih cengkaman yang diperlukan.

Platform Global Subaru yang baharu digunakan untuk Subaru Forester Wilderness ini telah dipertingkatkan dengan ketegaran kilasan 10% lebih rigid untuk memberikan prestasi dinamik yang lebih baik dan perjalanan yang lebih lancar dan kabin yang lebih senyap.

BACA : SUBARU FORESTER WILDERNESS – INI BARULAH SUV YANG SESUAI UNTUK MEREDAH BELANTARA

BACA : SUBARU FORESTER STI SPORT, NADI 1.8 BOXER TURBO, TALAAN SUSPENSI LEBIH SPORTI

Google ads

B K

"
"
Back to top button