Artikel Pilihan

SUBARU FORESTER WILDERNESS – INI BARULAH SUV YANG SESUAI UNTUK MEREDAH BELANTARA

Di penghujung era 90an, Subaru Forester ini sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah kenderan untuk meliar dan melasak. Setakat nak panjat divider parking tepi jalan tu boleh lagilah. Paras rupanya pun selayaknya dipanggil wagon disebabkan faktor ketinggian (lebih sesuai disebut kerendahan) yang tidak menyerupai sebuah SUV. Tetapi Subaru Forester kini telah jauh berubah. Telah meningkat dewasa dan menjadi semakin SUV.

Dan kini Subaru Forester generasi kelima (SK) telah pun diperkenalkan pada tahun 2018 dengan penampilan SUV sebenarnya. Setelah beberapa tahun pengenalannya. kini Subaru bersedia untuk memberikan sedikit kesegaran terhadap Forester sedia ada dengan penampilan yang lebih rugged dan kelihatan sedikit liar melalui pengenalan Subaru Forester Wilderness.

Model ini sebenarnya kita boleh melihatkan perubahan yang agak ketara berbanding varian standard Forester apabila melihatkan Forester Wilderness ini kelihatan lebih jinjang. Jarak kelegaan tanahnya kini telah diinjakkan sedikit 0.5 inci menjadikan tinggi keseluruhannya kepada 9.2 inci. Dan di bahagian bawah bampar hadapan turut dipasangkan skid plate yang mampu berfungsi untuk melindungi bahagian bawah enjin daripada ditimpa masalah akibat melanggar permukaan yang berbatu kasar. Cuba perhatikan, terdapat kemasan Black Matte pada atas hood. Sebenarnya ianya berfungsi sebagai anti-silau sewaktu pemandu sedang memandu di waktu panas terik mentari. Tidaklah terganggu pemanduan.

Dan sekiranya diperhatikan dengan lebih teliti, varian terbaharu Forester ini turut diberikan beberapa perincian baharu melitupi rekaan lampu utama, gril dan juga bampar hadapan. Barulah nampak rugged dan liar. Cukup sesuai untuk meredah hutan belantara. Untuk menambahkan lagi rupa yang rugged model ini, body cladding kini turut diberikan rekaan baharu yang lebih tebal berbanding model sebelumnya. Sudah tentu ianya akan sangat berguna sewaktu melalui laluan lasak yang dipenuhi dengan ranting / anak pokok / batu batan daripada mencalari badan kenderaan setidaknya.

Tapi jikalau itu tidak cukup kelihatan , lihatlah pula pada bahagian tayarnya. Kini ianya menggunakan rim Matte Black bersaiz 17 inci yang dipadankan dengan tayar Yokohama GEOLANDAR® A/T (all-terrain). Kiranya secara standard pun masih mampu untuk meredah hutan belantara tanpa masalah.

Pilihan trenkuasa masih lagi diserahkan kepada enjin 2.5 liter Subaru Boxer yang turut dipadankan dengan Lineartronic @ CVT dan juga Symmetrical All-Wheel Drive untuk kestabilan sewaktu memandu di permukaan lasak. Malah, ianya kini telah diubah tetapannya bagi membolehkan SUV ini mendaki dalam kelajuan perlahan tanpa masalah. Malah, keupayaan untuk menarik beban juga telah ditambah sehingga 3000 pound (1360 kg), menjadikan ianya cukup lasak dan berupaya untuk membawa beban yang lebih banyak tanpa masalah.

Dari segi ciri keselamatan, ianya masih sama seperti model sebelumnya dilengkapi seperti SUBARU STARLINK® Safety and Security, dan juga Subaru DriverFocus® Distraction Mitigation System. Dan Subaru Forester Wilderness ini sudah boleh ditempah di Amerika Syarikat dengan harga permulaan $32,820 (RM136,514).

BACA : SUBARU FORESTER GT LITE EDITION 2021. BODYKIT PENUH & EKZOS GT, RM164K

BACA : SUBARU FORESTER SF5, KERETA KELUARGA YANG CUKUP SIFAT; BESAR, LAJU, 4WD, MURAH

Google ads

B K

Back to top button