Buletin

SUV JAECOO J7 TIBA DI MALAYSIA – BAKAL DIPERKENALKAN TAHUN 2024

Ketika trend elektrifikasi dan transformasi digital sedang megahnya merevolusikan industri automotif, jenama global, JAECOO, hari ini mengumumkan bakal mengembangkan pasarannya di Malaysia.

Menurut JAECOO, syarikat berkenaan memberikan komitmen penuh untuk membina SUV gaya terkini di dalam segmen premium.

Sehubungan itu, JAECOO bakal memperkenalkan dua unit pertama JAECOO J7 AWD untuk pasaran tempatan menjelang tahun 2024.

Tambahnya lagi, model berkenaan telah pun tiba di Malaysia untuk diuji terlebih dahulu bagi memenuhi piawaian prestasi serta keselamatan.

Syarikat berkenaan turut mendedahkan bahawa akan ada previu eksklusif kepada wakil pengedar sah dan pelabur berpotensi menjelang pembukaan bilik pameran, serta permulaan inisiatif pemasaran jenama tersebut.

Halaman Facebook rasmi JAECOO Malaysia juga telah dilancarkan manakala laman web rasmi untuk Malaysia dijangka siap pada Januari 2024.

Buat sementara waktu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web global JAECOO.

Google ads
Back to top button