Motosikal

SYM ADXTG 400 PESAING BAHARU SKUTER ADV – 35HP, 37NM

SYM merupakan jenama yang akan turut sama menyertai segmen skuter adventure menerusi model baharu, SYM ADXTG 400. 

Menariknya, SYM mendakwa ADXTG 400 diinspirasikan dari haiwan zaman prasejarah ‘smilodon’ yang merupakan sejenis harimau ‘sabretooth’. Disebabkan itu, ADXTG 400 hadir dengan reka bentuk yang agresif dan panel badan yang bersegi. 

Terlindung disebalik panel badan dan kerangka adalah enjin satu silinder 399cc yang berupaya menghasilkan 35hp dan 37Nm. 

Selain itu, model ini juga mengguna pakai swingarm jenis ‘aluminium’ dengan Sanyang Multilink Suspension. Tak cukup dengan itu, SYM turut memasang ‘handlebar’ boleh laras mengikut kesesuaian penunggang. 

Pelindung tangan dan penghadang angin tinggi turut disertakan secara standard disamping slot pengecas USB. 

Untuk rekod, ADXTG 400 merupakan motosikal pertama SYM yang hadir dengan mod ‘off-road’ yang ditawarkann sistem ABS. Seperti kebiasaan, mod ‘off-road’ ini hanya akan mengaktifkan ABS di tayar depan. Brek mengejut juga akan mengaktifkan lampu brek kecemasan (EBL). 

Google ads
Back to top button