Buletin

SUV PENCABAR ATIVA, HONDA WR-V 2023 RASMI DI INDONESIA, RM82K

Para pemilik Toyota Raize dan Daihatsu Rocky seharusnya rasa gerun dengan kehadiran model SUV baharu dari Honda, iaitu model WR-V 2023.

Ia merupakan versi produksi sebenar kepada SUV RS Concept yang telah diperlihatkan sebelum ini.

Dari segi dimensi, WR-V diposisikan dibawah model HR-V dengan membawakan ukuran 4,060 mm, lebar 1,780 mm, tinggi 1,608 mm sementara jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 220 mm.

Honda WR-V dijana dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang sama macam Civic sedan, menghasilkan 121 PS yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Rekaan luaran WR-V juga nyata sedikit berbeza berbanding SUV RS Concept, dengan unit lampu dan jeriji yang sedikit besar, sementara lampu belakang pula kini jauh lebih ringkas grafiknya.

Sama seperti HR-V, WR-V menyembunyikan pemegang pintu belakang pada tiang C.

Masuk ke dalam ruang kabin, Honda WR-V dilengkapi dengan roda stereng yang nampaknya diambil daripada Civic terdahulu, skrin kluster TFT 4.2 inci, skrin Display Audio tujuh inci dengan sokongan sambungan peranti pintar.

Unit pendingin hawa pula adalah jenis digital, manakala untuk varian tertinggi pula didatangkan dengan fungsi kawalan automatik.

Secara standard, WR-V hadir dengan ciri keselamatan seperti 4 beg udara dan kelengkapan wajib (ABS, EBD, BA, HSA, VSA), manakala varian tertinggi mendapat tambahan Honda SENSING, Honda LaneWatch dan dua lagi beg udara (menjadikan enam secara keseluruhan).

Harga jualan Honda WR-V di Indonesia bermula dari Rp 271,900,000 (RM82,021).

Google ads
Back to top button