Artikel Pilihan

ASTON MARTIN AMB 001 PRO 225 HP HANYA UNTUK KEGUNAAN PERLUMBAAN – TAK BOLEH BAWAK MARKA LA NI

Tiga selepas AMB 001 diperkenalkan kini superbike dari Aston Martin dan Brough Industries muncul lagi. Dinamakan AMB 001 Pro dan mula diperkenalkan di EICMA, Milan, ia kini hadir dengan pertambahan kuasa dan semestinya ciri aerodinamik yang diilhamkan dari Valkyrie AMR Pro.

Superbike baharu ini direka oleh Aston Martin dan dihasilkan oleh Brough Superior. Ia masih mengekalkan ciri rekaan agresif seperti model sebelumnya tetapi dengan sentuhan baharu khususnya pada bahagian spoiler hadapan, sirip sisi dan bahagian belakang. Kesemuanya bertujuan meningkatkan downforce dan menambah baik aliran udara.

Ciri lain termasuklah penggunaan liveri perlumbaan dengan padanan warna Photon Lime dan kemasan serat karbon dengan elemen satin. Ia juga dilengkapi dengan enjin Cerakote dan sistem suspensi pilihan Aston Martin. AMB 001 Pro ini juga turut dilengkapi dengan logo “lacewing” yang asalnya dibangunkan khusus untuk Valkyrie, logo ini adalah 99. 4 peratus lebih ringan berbanding logo enamel asal.

Enjin 997cc dua selinder superbike ini mampu menghasilkan 225 hp kuasa maksima (sebagai perbandingan BMW S1000RR mempunyai 205 hp kuasa maksima). Ia adalah kenaikan kuasa sebanyak 25 peratus berbanding model sebelumnya. Dengan nisbah berat ke atas kuasa sekitar 1.28 hp/kg. catatan ini sebenarnya sudah hampir menyerupai jentera F1.              

AMB 001 Pro ini akan dihasilkan sebanyak 88 unit dengan menggunakan tangan di kilang pemasangan Brough Superior di Toulouse, Perancis. Model sebelum ini dihasilkan sebanyak 100 unit. Ini lagi rare tuan-tuan. Tempahan sudahpun dibuka sekarang dan penghantaran pertama dijadualkan sekitar penghujung tahun 2023. Sabar la nak.         

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Google ads
Back to top button