SUZUKI MALAYSIA KEMBALI WARNAI AUTOMOTIF NEGARA
Status laman Facebook Suzuki Malaysia mengesahkan jenama tersebut kembali mewarnai industri automotif negara.
Dalam status berkenaan, ia menyampaikan mesej Kami Sudah Kembali! (We Are Back!) malah mengingatkan penggemar jenama itu sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui laman sosial media mereka.
Status tersebut juga mengesahkan bahawa pengedar rasmi Suzuki Malaysia merupakan Kawasaki Motors Malaysia (KMM).
Ia berikutan alamat yang terpapar dalam laman berkenaan adalah lokasi sama dengan ibu pejabat KMM di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Menurut laporan portal PanduLaju, mereka pernah menyiarkan artikel mengenai kemunculan semula Suzuki Malaysia berdasarkan nama tertera pada bungkusan kuih bulan kiriman KMM kepada organisasi media tempatan.
Begitupun, KMM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kembalinya jenama Suzuki ini.
Dalam pada itu, status yang dilontarkan dalam Facebook turut mendapat reaksi positif orang ramai terutama jenama berkenaan.
Antaranya termasuk meminta Suzuki Malaysia membawa masuk model jenis kapcai dan bawah 250cc.
- BACA: SUZUKI PERKENAL SWACE KE PASARAN EROPAH. VERSI REBADGE TOYOTA COROLLA WAGON
- BACA: SUZUKI RAI ULANG TAHUN DENGAN GSX-R1000R 100TH ANNIVERSARY EDITION. TERHAD 100 UNIT, RM90,350 DI UK SAHAJA
- BACA: MASALAH EMISI, SUZUKI JUAL JIMNY DUA PINTU SEBAGAI KENDERAAN KOMERSIAL DI EROPAH
- BACA: INI SUZUKI SWIFT 2021 (JADI KE KEMBALI KE MALAYSIA?)