SUZUKI RAI ULANG TAHUN DENGAN GSX-R1000R 100TH ANNIVERSARY EDITION. TERHAD 100 UNIT, RM90,350 DI UK SAHAJA
Suzuki meraikan ulang tahun ke-100 pada 2020 dengan melancarkan GSX-R1000R 100th Anniversary Edition berwarna biru dan perak.
Hanya 100 unit akan dihasilkan dan dijual di Britain. Rekaannya diambil daripada warisan Suzuki dalam perlumbaan Grand Prix sekitar tahun 1960-an, sebelum digabungkan dengan gayaan Suzuki Ecstar GSX-RR MotoGP sekarang.
Jentera tersebut ditawarkan pada harga £16,999 (RM90,350). Ia dilengkapi pelbagai sitem keselamatan seperti yang ada pada GSX-R1000R yang dijual sekarang.
Antaranya ialah ABS yang sensitif dengan sudut baringan, suspensi Showa Balance Free, hos brek jenis braided, kawalan pelancaran, lampu LED, pivot lengan ayun boleh laras, dan banyak lagi.
GSX-R1000R 100th Anniversary Edition juga dipasang dengan brek Brembo dengan angkup empat piston bersaiz 320mm di hadapan dan cakera bersaiz 220mm di belakang. Ia mempunyai berat sekitar 203kg sahaja.
Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai aksesori original Suzuki seperti Sport Track Pack.
- BACA: SUZUKI PATENKAN ENJIN 250CC BAHARU. PASANG PADA GSX250R DAN V-STROM 250
- BACA: NAZA BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA. KITA BOLEH BELI SWIFT, JIMNY DAN VITARA!
- BACA: SUZUKI SATRIA F150 (BELANG) DILANCARKAN DI INDONESIA – ADA PENGECAS USB & ALARM
- BACA: MARSHAL LITAR “KANTOI” CURI PENUTUP TANGKI BREK SUZUKI MOTOGP
GALERI