SUZUKI JIMNY 5-PINTU GUNA PLATFORM TOYOTA RAIZE?
Sebelum ini, timbul laporan bahawa Suzuki akan memperkenalkan Jimny 5 pintu ke pasaran India menjelang tahun 2022-2023.
Kini, satu lagi berita bertiup kencang menyatakan bahawa varian baharu itu akan dibangunkan bersama Toyota. Malah, SUV baharu itu bakal dibina menggunakan platform Toyota Raize.
SUV kompak Toyota Raize dibangun berasaskan kepada DNGA (Daihatsu New Global Architecture) yang merupakan platform versi murah TNGA. Di pasaran India misalnya, Jimny 5 pintu akan bersaing secara langsung dengan Hyundai Creta, Kia Seltos dan banyak lagi.
Laporan itu juga mendakwa jentera berkenaan bajal mempunyai konfigurasi untuk kegunaan komersial. Varian baharu Jimny tersebut mampy menawarkan lebih praktikaliti.
SUV itu dijangka menggunakan khidmat enjin 1.5 liter aspirasi biasa yang kini dipasang pada model-model seperti Suzuki Ciaz, Vitara Brezza, Ertiga dan S-Cross. Enjin tersebut mampu menjana kuasa sekitar 103bhp dan tork 138Nm.
Dua pilihan transmisi iaitu manual lima kelajuan atau automatic empat kelajuan akan diberikan. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan roda belakang dan hadir bersama pilihan sistem pacuan empat roda.
Sama seperti model 3 pintu, Jimny 5 pintu didatangkan dengan ciri-ciri moden seperti pendingin hawa automatik, skrin sentuh untuk sistem infohibur bersama ketersambungan telefon pintar dan macam-macam lagi.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapidua beg udara, ABS, EBD, Hill Launch Assit, ESP dan sebagainya.
- BACA: SUZUKI MALAYSIA KEMBALI WARNAI AUTOMOTIF NEGARA
- BACA: MASALAH EMISI, SUZUKI JUAL JIMNY DUA PINTU SEBAGAI KENDERAAN KOMERSIAL DI EROPAH
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK
- BACA: SUZUKI APV – ENTAH BERAPA LAMA LAGILAH NAK JUAL