Modifikasi

TAS 2019: TOYOGHINI 86 URUS OLEH PELAJAR KOLEJ NATS

Satu perkara yang pasti tentang Tokyo Auto Salon ialah, anda tidak boleh jangka apa kereta yang akan dipamerkan. Tumpuan setiap tahun lazimnya ada di sini, di petak pameran Kolej Automotif Jepun (Nihon Automotive College) di mana mereka selalu menghasilkan kereta di luar kotak pemikiran seorang manusia dewasa yang mempunyai akal yang waras.

Apapun, ia adalah contoh di mana pelajar kolej dberi kebenaran setiap tahun membuat kereta untuk dipamerkan di Tokyo Auto Salon dan salah satu yang menarik perhatian kami ialah sebuah Toyota 86 yang diubahsuai menjadi Lamborghini Urus dan pikap.

Urus 86 pikap lah senang cakap. Tapi, mereka bukanlah buat kit badan semata-mata, enjin pikap Abeng ini pun telah dinaiktaraf dengan sistem turbocharge yang menghasilkan 270hp kuasa kuda dan 224Nm tork.

Kalau nak dibandingkan dengan standard Urus 641 hp dan 627 Nm, memang jauh lah, tapi not bad juga untuk kerja budak-budak kolej.

Kalau anda ikuti perkembangan Majalah Kereta sejak 20 tahun lepas, memang kami ada siarkan tiap-tiap tahun hasil kerja NATS ni.

Google ads
Back to top button