Artikel PilihanMotosikal

SUZUKI V100, TRENDY DAN JUGA ADA GAYA!

Suka untuk saya beritahu bahawa sebenarnya minggu lepas saya tak tahu apa-apa pun pasal skuter kecik ni. Di bengkel, pomen saya memang ada beberapa buah V100, dia punya sendiri dan juga pelanggan punya yang ada untuk direstorasi.

Ada macam-macam warna, macam-macam jenis aksesori dan macam-macam spesifikasi. Bertahun lamanya tak berminat saya nak ambik tahu pun sehinggalah Jumaat lepas, tersekat dalam hujan lebat jadi saya dan pomen berborak pasal V100.

Barulah saya tahu bahawa skuter ni memang trendy.

Saya pun baru tahu sebenarnya kat Jepun ada skuter yang sama namanya Suzuki Address V100 yang ada bermacam aksesori, varian dan model, CE11 lah, Ce13s lah, Type S lah, Type R lah, kanjo lah. Ada banyak.

Biasanya nak khatam main sesetengah model ni senang je. Kau kena beli sebijik dan ikut main sekali. Masalahnya bila tanya kat pomen….

“Atan. Berapa kalau nak beli yang dah siap full JDM macam ni?”

“Mahal dari Y-suku hang, dalam belas-belas juga lah kalau full spec”, Ujar Pak Atan sambil menyarungkan kain sarung berlalu nak solat Asar.

“SETAN!”

Ya. saya pun semak di laman komuniti motosikal ni. Ya. memang betul. Model CKD yang kalau beli kat Jepun untuk salin pada model tempatan pun dah sampai RM4-5K. Itu beli motor sebijik yang tak boleh bawak pun, Hanya nak ambik barang. Itupun varian basic.

Mazda CX30

Itu belum termasuk dengan aksesori macam Ohlins, Showa, skidplate, rack, bakul dan macam-macam lagilah.

Gila!

Tiba-tiba saya teringatkan kawan sorang lagi.

Selama ni biasa tengok dia bawak motor ni. Namanya Dato Mohd Khairul, boss GO Daddy Autotrade. Beliau juga peminat Suzuki V100.

Tak tunggu lagi. Saya call dan terus aturkan untuk buat satu video pendek. Memandangkan sekarang memang tengah rajin, nak korang tengoklah apa yang boleh dibuat pada skuter kecik ni.

Tapi serius, lepas balik shooting, saya terus ke bengkel jumpa pomen.

Rasa macam nak beli sebijik ni!

Tags
Google ads
Back to top button