Artikel Pilihan

SWM G01 – SUV CHINA YANG TAK NAMPAK MACAM CHINA LANGSUNG!

Selain daripada memerhatikan dunia automotif di Indonesia, pembaca juga pasti sedar Brader Karrager mengikuti rapat perkembangan perihal dunia automotif di China. Pelbagai pilihan yang boleh ditawarkan kepada pengguna di sana. Syarikat pengeluar pula entah ada berapa banyak. Yang baru wujud pun boleh tahan banyak juga sebenarnya.

BACA : SOKON GLORY 580 – SUV CHINA YANG BAKAL MENYERANG GARUDA

BACA : BAW BJ212 – JIP CHINA YANG LEBIH SEJUK (COOL)

Dan salah satunya yang baharu wujud adalah SWM Motors. Sebetulnya jenama SWM Motors ini telah lama wujud di Itali. Namun jenama ini telah menjadi milik syarikat China, Brilliance Shineray Chongqing Automobile Co., Ltd, yang mana firma ini wujud hasil kerjasama diantara  Brilliance Automotive dan juga Shineray Motorcycle Company.

SWM Motors kini telah memperkenalkan model ketiga mereka, G01 sebuah SUV dengan lima tempat duduk. Model yang direka serba baharu oleh Ketua Pereka,  Sotirios Kovos yang pernah berkhidmat dengan Toyota dan Lexus sebelum ini.

Ternyata, sekali imbas SWM G01 ini tidak langsung kelihatan ke-China-an. Rekaannya fusion, antara gaya Eropah dan juga Asia. Garisan kontur badannya yang sedikit bersegi dan berketak menampilkan imej yang tampak perkasa.

Rata-rata pengeluar kenderaan dari China cukup menggemari dengan padanan enjin 1.5 liter dilengkapi pendesak turbo. SWM G01 ini juga tidak terkecuali. Jenis nak jimat bayar Cukai Jalan dengan JPJC (Jabatan Pengangkutan Jalan China).

Menambahkan lagi kehenseman G01 di bahagian luar sudah tentulah rim bersaiz 18 inci. Manakala ruan kabinnya turut menampilkan ciri mewah dengan dibaluti kulit dan juga skrin sesentuh bersaiz gergasi – 12 inci.

Bagi memberikan kepercayaan dari segi aspek kualiti pembuatan, SWM Motors turut melantik  Franz Gollmann, bekas Ketua Pegawai Kualiti BMW Group.

Dengan kotak gear pula ada sampai enam. Bolehlah nak cecah top speed 180 km/j dengan kuasa kuda 156hp. Cukuplah kan. Walau bagaimana pun, SUV ini tidak dilengkapi dengan pacuan empat roda. Iyalah, bukannya nak bawa masuk hutan pun kan. Setakat hutan batu panjat divider sesekali, orait lagi sebenarnya.

Sebetulnya model ini membuat kemunculan pertamanya di Milan. Iya, ianya dilancarkan di Itali, dan bukannya di China. Sebabnya, SWM ini berasal daripada Itali. Kira macam mengenang kembalilah kaedahnya.

Rakyat jelata China bakal melihat depan mata sendiri apabila ianya dilancarkan pada Beijing Autoshow 2018 nanti.

 

Google ads

B K

Back to top button