Artikel PilihanMotosikal

5 CIRI ISTIMEWA MODENAS DOMINAR 400 YANG JADIKANNYA BERBALOI DIBELI (28 FOTO)

SHARE

Sejak menjalinkan kerjasama dengan Bajaj Auto dari India, Modenas telah memperkenalkan motosikal street bike klasik V15, street bike NS200 dan sport bike RS200.

Sebentar tadi, Modenas melancarkan Dominar 400, jentera dengan enjin paling besar setakat ini yang pernah ditawarkan oleh Modenas sejak ditubuhkan. 

Berdasarkan angka jualan semasa, prestasi jualan Modenas dikatakan melonjak melebihi sasaran sejak tahun lalu. Jelas Modenas sudah mula memahami permintaan pengguna.  Peningkatan 47 peratus jualan membuktikan pasaran memang dahagakan motosikal dalam segmen ini.

BACA: MODENAS DOMINAR 400 DILANCARKAN. RM13,788 JE? MURAHNYA OOIII!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah berbaloi membeli motosikal berteknologi Bajaj ini?

Ya. Pada harga RM, tidak syak lagi, inilah motosikal yang paling bernilai daripada setiap sen yang dibelanjakan. Berbeza dengan motosikal ‘plagiat’ dari China, Bajaj jauh lebih bermutu. Ini dibuktikan dengan kesungguhan Bajaj-Modenas memperbaiki setiap aspek perkhidmatan selepas jualannya.

Apa yang menarik?

1. ABS 2 SALURAN

Rasanya dalam kategori ini dan pada harga ini, Dominar menawarkan sistem brek ABS yang terbaik untuk roda hadapan dan belakang. Tiada motosikal jenama Jepun yang menawarkan ciri yang sama dalam kategori ini.

2. LAMPU LED

Dominar D400 menggunakan lampu utama LED sepenuhnya dengan ciri auttomatik (AHO) yang membolehkannya dlihat dengan jelas oleh pengguna jalan raya yang lain dari jarak 1.5km.

3. METER DIGITAL SEPENUHNYA

Jentera sport tourer ini didatangkan dengan dua paparan LCD untuk memberi maklumat tunggangan yang lebih kemas dan tidak mengganggu ketika menunggang.   

4. SLIPPER CLUTCH

Apa yang lebih menarik lag,i ia dipasang dengan “slipper clutch” yang lazimnya hanya diperkenalkan pada enjin motosikal bersesaran lebih besar.

Pengagih beban ini penting bagi menyeimbangkan kesan brek enjin ketika pendikit dilepaskan. Turut dikenali sebagai back torque limiter, fungsinya memastikan roda tidak “terkejut” bila gear rendah ditukar pada kelajuan tinggi.

5. ENJIN PENYEJUKAN CECAIR, EFi, 3 PALAM PENCUCUH

Motosikal ini dipasang dengan enjin selinder tunggal 373cc 4-injap DTS-i dengan suapan bahan api jenis suntikan serta trademark TIGA palam pencucuh (triple-spark).

Enjin selinder tunggal ini berupaya menghasilkan sebanyak 34.5bhp  pada 8,000rpm dan 35 Nm tork pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button