Buletin

SYARIKAT PENALA, TWISTED JUAL 16 BUAH MODEL LAND ROVER DEFENDER 2015, HARGA BERMULA RM630K

Syarikat penala, Twisted kini menawarkan 16 buah model Land Rover Defender 2015 pada harga AS$237,805 (RM1 juta) untuk memilikinya. Menurut pengasas Twisted, Charles Fawcett, hanya terdapat lapan warna untuk direbut oleh pelanggan.

Fawcett menjelaskan bahawa semuanya adalah berdasarkan spesifikasi XS yang merupakan spesifikasi Land Rover Defender tertinggi pada masa itu.

Anda memerlukan sekitar AS$37,846 (RM163,494) untuk membeli Defender 110 XS pada tahun 2015, tetapi 16 model Twisted ini agak berbeza daripada yang asal dengan setiap pelanggan boleh memilih antara enjin petrol atau diesel.

Kesemua 16 model turut mendapat suspensi dinaik taraf, termasuk brek, tayar, serta lampu LED moden.

Di bahagian dalam, ia dipadankan dengan rekaan kulit, lebih kalis bunyi selain sistem infotainmen yang disertakan dengan Apple CarPlay. Fawcett bagaimanapun, mengakui bahawa semua 16 model Twisted mempunyai citarasa masing-masing, selebihnya bergantung pada gaya hidup pelanggan.

16 Defender yang dikeluarkan bermula pada harga AS$145,926 (RM630,385) untuk diesel, manakala untuk versi petrol bernilai AS$199,432 (RM861,526). Pesanan dibuka sekarang dan Twisted Defender baru berkilat anda akan tiba tahun depan.

Google ads
Back to top button