,
Buletin

PADA 2014 HONDA FIT SPOON INI DIBAWA KE SEMA, AMERIKA SYARIKAT

Honda Fit atau Jazz bakal digantikan dengan model baharu dalam masa beberapa bulan lagi. Jazz adalah model penting buat Honda, ia menyuntik elemen keseronokan ke dalam barisan model-model yang tampil serius.

Jazz sesuai untuk dipandu semua orang sama ada golongan berusia, bekerja, remaja, lelaki dan perempuan. Walaupun comel, Jazz garang di litar dan banyak diubah suai oleh peminatnya.

Jika di tangan peminat pun sudah cantik, apa jadi apabila penala terkenal memberi perhatian kepada model ini? 

Ini hasilnya, Honda Fit Spoon Sports Super Taikyu 2015. Model ini dibawa ke SEMA 2014, Amerika Syarikat dengan enam buah lagi Fit yang telah diubah suai oleh pelbagai penala.

Fit ini dibawa oleh Spoon Sport USA ke SEMA dan diubah suai dengan konsep perlumbaan ketahanan (endurance). Fokus ubah suai Fit ini bukan kelajuan semata tetapi juga ketahanan, kecekapan dan keselesaan pemandu.

Spoon Sports menggunakan perlumbaan ketahanan sebagai medan ujian untuk menghasilkan pelbagai komponen talaan untuk model Honda seperti yang didapati pada Fit ini.

Komponen Spoon yang dipasang pada Fit ini memang banyak, dari enjin, luar dan dalam dan diserlahkan dengan warna kuning dan biru yang merupakan identiti penala Jepun ini.

Berikut ialah senarai komponen ubah suai pada Honda Fit Spoon Sports Super Taikyu 2015:

Luaran:

  • Spoon Sports Aero Mirrors
  • Spoon Sports Wheel Nuts
  • Spoon Sports Windshield Wipers
  • Spoon Sports USA One-Off Carbon Kevlar Sunroof Delete
  • Bampar Depan dan belakang, Skirt Sisi, Spoiler Bumbung, Gril Depan, Emblem JDM Honda Genuine Fit RS
  • Lampu Depan Projektor LED, Lampu LED Marker Depan, Lampu Belakang JDM Honda Genuine
  • ASM Dry Carbon License Plate, Short Antenna, Titanium License Plate Bolts
  • Rays Volk Racing CE28 Club Racer Wheels F:15×7+10 R:15×7+28
  • Tayar perlumbaan Yokohama ADVAN 190/580-15
  • Cat PPG oleh Signature Autobody

Dalaman:

  • Spoon Sports Blue Wide Rear View Mirror
  • Spoon Sports Carbon Bucket Seats
  • Spoon Sports Shift Knob
  • Spoon Sports Steering Boss
  • Spoon Sports Steering Wheel
  • Spoon Sports Super Taikyu Roll Cage
  • Spoon Sports USA One-Off Carbon Door Panels
  • Tali Pinggang Perlumbaan Takata Racing 

Enjin:

  • Spoon Sports Air Cleaner 
  • Spoon Sports Intake Manifold 
  • Spoon Sports Low Temp Thermostat 
  • Spoon Sports Magnetic Drain Bolts 
  • Spoon Sports Oil Filler, Radiator Caps, Reservoir Covers 
  • Spoon Sports Spark Plugs 
  • Spoon Sports Super Taikyu Titanium Exhaust 
  • Spoon Sports Venturi Throttle Body 
  • Spoon Sports Yellow Valve Cover 
  • Kinetic Custom Machine Lithium Battery Tray 

Suspensi dan Casis:

  • Spoon Sports Brake Lines, Brake Pads   
  • Spoon Sports Prototype Full Monoblock Calipers 
  • Spoon Sports Prototype Full Spec Dampers
  • Spoon Sports Subframe Rigid Collars
  • Spoon Sports USA One-Off Front Rotors
  • Brek cakera belakang JDM Honda Genuine dan Rear Subframe

BACA: HONDA JAZZ K20 TYPE-R!!!

BACA: HONDA JAZZ GE, MODEL PALING DRAMATIK, HARGA SAMPAI RM116K!

BACA: HONDA CIVIC Si COUPE DAN SEDAN FACELIFT, GEAR MANUAL + 1.5 TURBO

Tags
Google ads
Back to top button