Buletin

CARSOME JALIN KERJASAMA DENGAN ELECTRUM INDONESIA – SOKONG INDONESIA SEBAGAI PENERAJU EV

Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu, berpangkalan di Malaysia, telah menjalinkan kerjasama dengan Electrum Indonesia untuk memacu Indonesia sebagai peneraju EV roda dua di peringkat global.

Menjadi sebahagian daripada lawatan kerja Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Carsome mengumumkan komitmennya untuk memperluaskan lagi perniagaannya di Nusantara.

Pengasas bersama Carsome, Eric Cheng, telah menyerahkan surat Hasrat (Lol) kepada Menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tengku Zafrul Aziz, untuk beroperasi di Nusantara selain membuat pelaburan dalam pendigitalan industri automotif.

Anwar Ibrahim turut menyaksikan penyerahan LoI oleh Tengku Zafrul kepada pengerusi Lembaga Ibu Kota Nusantara, Bambang Susantono di hadapan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden Bogor.

Menurut Eric Cheng, Carsome terus komited untuk menyumbang keperluan pembangunan sosio-ekonomi di negara itu sejak 2017, di mana ia kini mengendalikan 42 pusat runcit di Jabodetabek, Jawa barat dan Jawa Timur.

Pada Ogos tahun lalu, Carsome telah melancarkan makmal pertama yang diperakui, merupakan terbesar di empat pasaran tempat ia beroperasi selain melancarkan Institut teknikal automotifnya Carsome Academy di Jakarta Jun lalu.

Carsome mengharapkan dengan kehadiran mereka di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, ia mampu membentuk semula serta meningkatkan pengalaman membeli atau menjual kereta di rantau ini. – Free Malaysia Today

Google ads
Back to top button