Buletin

MENTERI INDUSTRI INDONESIA UMUM PEMBELI EV BAKAL NIKMATI SUBSIDI SEHINGGA RM22K!

Menteri Industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita baru-baru ini mengumumkan jumlah subsidi untuk pembelian kenderaan elektrik membabitkan motosikal dan kereta elektrik bermula tahun 2023.

Dianggarkan Rp80 juta (RM22,570) akan diberi untuk pembelian kereta elektrik, Rp40 juta (RM11,285) untuk model elektrik-hibrid dan kira-kira Rp8 juta (RM2,260) untuk motosikal elektrik, manakala motosikal konversi pula Rp5 juta (RM1,410).

Pemerintah negara itu kini di peringkat akhir dalam membuat pengiraan subsidi untuk pembelian kereta dan motosikal elektrik.

Untuk pengetahuan, inisiatif subsidi tersebut menetapkan ia hanya untuk kenderaan yang dihasilkan kilang di Indonesia.

Agus mendedahkan pemberian subsidi itu akan membawa manfaat kepada republik itu, di mana Indonesia mempunyai sumber nikel terbesar dunia.

Secara matematik, pengeluaran EV yang banyak membolehkan subsidi untuk kenderaan berasaskan petrol dan diesel dikurangkan. Selain dapat menarik minat pengeluar kereta dan motosikal melabur di Indonesia serta membantu komuniti global mengurangkan emisi karbon.

Pemberian subsidi itu selari dengan inisiatif di kebanyakkan negara Eropah dalam usaha Indonesia mencapai sasaran bebas emisi menjelang 2060.

Google ads
Back to top button