Artikel Pilihan

PEGAWAI NYPD DAKWA KEWUJUDAN KAD KHAS KECUALIKAN AHLI KELUARGA NYPD DARI DIKENAKAN SAMAN – OOO KIRA SPESIAL LA NI

Skandal baharu muncul melibatkan NYPD atau pun Jabatan Polis New York bila seorang pegawai mereka bernama Mathew Bianchi memfailkan saman terhadap jabatan itu kerana pilih kasih. Bianchi mendakwa kesatuan polis mengarahkan agar kenalan dan ahli keluarga anggota dikecualikan dari dikenakan saman.

Pegawai tersebut juga mendakwa beliau telah ditukar kepada syif rondaan malam kerana mengeluarkan saman kepada seorang pemandu yang memandu secara cuai. Pemandu yang disaman tersebut cuba mengelak dari dikenakan saman dengan mengemukakan kad yang digelarkan sebagai “courtesy card”.

Dalam saman yang difailkan Bianchi mendakwa yang kad-kad tersebut diedarkan kepada pegawai-pegawai NYPD yang kemudian akan mengagihkan kepada kenalan dan anggota keluarga mereka. Pemandu yang mengemukakan kad tersebut sewaktu ditahan akan diberikan layanan berbeza dan biasanya dilepaskan tanpa dikenakan sebarang saman.

Kad yang dilaminasi itu dicetak dan diedarkan setiap tahun oleh lima kesatuan polis tanpa sebarang arahan formal. Namun biasanya pemilik kad akan dilepaskan daripada sebarang tindakan dan Bianchi mendakwa beliau dihukum kerana tidak mengikut peraturan tersebut.

Masalah Bianchi bermula pada tahun 2017 bila beliau menahan seorang pemandu wanita yang memandu laju dan melanggar lampu isyarat merah. Selepas menunjukkan kad istimewa tersebut, Bianchi mengeluarkan saman langgar had laju dan melepaskan wanita tersebut dari kesalahan langgar lampu merah dengan amaran.

Wanita tersebut masih tidak berpuas hati dan membuat aduan. Pegawai yang memberikan kad tersebut kepada wanita itu kemudiannya memberitahu Bianchi yang beliau telah melakukan kesalahan kerana tidak menghormati kad tersebut. Kesatuan polis Bianchi sendiri menjelaskan yang beliau akan mendapat masalah jika tidak menghormati kad tersebut. Ooo karut jugak tradisi negara maju eh.

Selepas kejadian tersebut Bianchi menjelaskan beliau sentiasa berada dalam perhatian kesatuan dan diberitahu akan dihukum jika melanggar peraturan tersebut. Bulan Ogos berikutnya beliau telah mengeluarkan saman kepada seorang wanita yng tidak menunjukkan kad istimewa tersebut.

Ingat tak ada masalah tapi kemudian Bianchi mendapati yang wanita terbabit merupakan ahli keluarga kepada salah seorang ketua jabatan NYPD. Beberapa kemudian Bianchi ditukarkan dari rondaan biasa ke rondaan waktu malam.

Menurut peguam Bianchi perbuatan yang dilakukan ini (merujuk kepada melepaskan pesalah yang melakukan kesalahan) adalah tindakan yang membahayakan pengguna jalan raya lain tidak sepatutnya berlaku. NYPD tidak melakukan tindakan yang munasabah untuk melindungi kepentingan umum sebaliknya bertindak menghukum pegawai yang tidak sependapat dengan mereka dan menjejaskan kerjaya pegawai terbabit.

Harap-harap tradisi macam ni tak menular ke negara kita. Rosak masyarakat dan negara kalau ada amalan macam ni weh.

Google ads
Back to top button