Artikel PilihanMotosikal

TAHUKAH ANDA? 8 BUAH MOTOR YAMAHA HILANG SETIAP HARI!

Mungkin ramai yang dah tahu motosikal Yamaha merupakan sasaran utama pencuri di Malaysia. Tapi secara secara dasarnya kita tidak mengetahui jumlah yang lebih tepat berkenaan statistik tersebut.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh VTREC ( Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia) mereka menyenaraikan motosikal yang paling kerap dicuri sepanjang tahun.

Model yang mana paling “panas”?

Yamaha Sport? Y15ZR? RXZ?

Salah

Motosikal yang paling banyak dilaporkan hilang ialah Yamaha 135LC.

Menurut laporan, sebanyak 1,444 unit dicuri pada tahun lalu diikuti dengan 125Z sebanyak 1,098 unit.

Di tempat ketiga ialah Honda C100 dengan 939 unit dan tangga keempat kembali kepada Yamaha menerusi Lagenda dengan angka kehilangan sebanyak 232 unit.

Secara keseluruhannya sebanyak 2,938 buah motosikal jenama Yamaha hilang, bersamaan dengan 244 buah sebulan atau 8 unit setiap hari.

Sebagai perbandingan, jumlah motosikal Honda dan Modenas yang digabungkan pun hanyalah 1,440 unit. Kurang separuh dari yang dicatatkan oleh Yamaha.

Jumlah kehilangan keseluruhan motosikal yang dilaporkan pada tahun 2018 ialah 4,378 unit.

Ia berjumlah 365 unit sebulan dan bersamaan dengan 12 unit sehari.

Bermakna

Ketika anda membaca artikel ini, sebuah motosikal telah hilang.

BACA: PROTON WIRA PALING BANYAK DICURI

Google ads
"
"
Back to top button