TAHUKAH ANDA LEBIH 5 JUTA UNIT KIA SPORTAGE TELAH DIJUAL SEJAK DIPERKENALKAN?
Kira-kira 25 tahun yang lalu, pembuat kereta dari Korea berada dalam dunia halusinasi. Mereka kecil, tidak berdaya saing dan produk mereka ada 1001 macam masalah. Apa yang membuatkan orang masih membeli Kia ketika itu ialah kerana harganya yang murah berbanding pesaingnya. Apa lagi dengan segala mak nenek spesifikasi dia bagi.
Pada 1993 juga Kia pertama kali memperkenalkan SUV “bandar” mereka yang dikenali sebagai Sportage. Ia keluar lama sebelum Toyota ada RAV4, Honda buat CR-V begitu juga Mazda belum ada SUV monocoque pun.
Model pertama dengan kod NB-7 itu diproduksi sehingga 1994 dan 11 tahun dalam pasaran memberi impak besar terhadap model keduanya yang diperkenalkan pada 2005.
BACA: KIA SPORTAGE EX. RM129K
Enam tahun kemudian, pada 2010, Kia memperkenalkan generasi ketiga dan ia mula menunjukkan tanda-tanda akan berjaya.
Di pasaran Amerika, Kia semakin diterima dan melihat kepada kejayaan itu, syarikat yang berpusat di Korea Selatan itu telah memendekkan jangkahayat gantian pengeluaran model dan lima tahun kemudian pada 2015, model generasi keempat pula diperkenalkan.
Ia sekaligus mengikut garis masa produk kereta-kereta global yang dipraktikkan dari syarikat Jerman dan Jepun. Satu generasi model hanya untuk limat tahun.
Tahun lepas, jualan model ini sangat konsisten di mana Kia mendakwa mereka berjaya menjual purata sebanyak 38,000 unit sebulan.
“Kami rasa sangat gembira berada pada tahap ini. Sportage menjadi model Kia paling laris. Kereta in jelas memenuhi keperluan pengguna di seluruh dunia,” ujar Ho Sung Song Naib Presiden Eksekutif Divisyen Operasi Antarabangsa.
Pada 2016 dan 2017, Sportage sudah memintas Rio sebagai model paling laris Kia. Sementara itu pada 2018 ia memulakan rekod dengan cemerlang di mana sebanyak 69,562 unit terjual pada bulan Januari dan Februari.
Ia menjadikannya unit ke lima juta secara keseluruhan semenjak Sportage diperkenalkan.
Ya tuan tuan. Kereta ini sudah dijual sebanyak lima juta unit!