
BELI 10K BASIKAL OBIKE UNTUK MUDAHKAN PELAJAR DI VIETNAM PERGI KE SEKOLAH
Seorang hartawan teknologi membeli 10,000 unit basikal oBike untuk dibaiki dan kemudian didermakan kepada anak-anak daripada keluarga miskin di Myanmar.
Mike Than tun Win yang menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Leeswalk menyatakan kebanyakan basikal itu dibeli daripada pihak yang mengambil alih perniagaan oBike dan memiliki basikal Ofo yang terbiar.

Situasi itu membolehkan Than membelinya pada harga lebih murah. Biarpun begitu, kos untuk membaiki dan menghantar basikal tersebut ke Myanmar menelan belanja sekitar AS$35 (RM145) hingga AS$40 (RM166) setiap unit.
Projek itu dibiayai dengan modal sebanyak AS$400,000 (RM1.65 juta) dengan separuh daripadanya diperoleh menerusi sumbangan dan penajaan.
Tidak menepati matlamat asal penngenalannya, basikal tersebut telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dibiarkan buruk dan berkarat di Malaysia serta Singapura, basikal itu sebaliknya menjadi sinar harapan baru buat pelajar sekolah di Myanmar.

Di Myanmar, murid-murid sekolah berjalan jauh adalah pemandangan biasa. Malah ada di antara mereka yang berjalan sejam lebih awal dari rumah semata-mata untuk sampai ke sekolah tepat pada masanya.
Di kawasan pedalaman, pengangkutan seperti bas sekolah, kereta atau motosikal sememangnya sangat terhad.
Buat masa sekarang, Than sudahpun menerima kira-kira 4,000 buah basikal yang kini disimpan di dalm sebuah gudang di Myanmar.
Namun, usaha untuk mengagihkan ribuan basikal bukan mudah kerana Myanmar mempunyai populasi lebih 50 juta orang dengan 9 juta pelajar.

Bagi memudahan kerja-kerja pengagihan, Than berhubung dengan agensi kerajaan dan kumpulan awam di Myanmar untuk mengenal pasti penerima yang berhak.
Fokusnya ialah pelajar berusia 13-16 tahun yang terpaksa berjalan 2km atau lebih ke sekolah setiap hari dan keluarga mereka tidak mempunyai pengangkutan.
Lesswalk memulakan sesi pemberian basikal kepada kanak-kanak miskin di bandar Yangon, sebelum pergi ke rantau Mandalay dan Sagaing.

Menurut salah seorang kanak-kanak penerima bantuan, Thae Su Wai, dia tidak perlu lagi berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama dua jam untuk ke sekolah pada setiap hari.
Than berharap dia boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara sama. Menyumbang ratusan ribu basikal terbiar kepada mereka yang memerlukan.
Usahanya itu kini dikatakan mendapat minat dari Vietnam, Thailand dan Indonesia.