Artikel Pilihan

VOLVO 480 – SEBUAH LAGI MODEL SPORTY YANG KITA PATUT TAHU

Sebelum ini Brade Karrager ada kongsikan sebuah model Wagon Sporty, Volvo 1800ES yang menampilkan rekaan tailgate jenis kaca yang boleh dibuka sepenuhnya. Ramailah yang mengaitkan dengan model Volvo C30. Tapi sebetulnya suka untuk Brader Karrager kongsikan, sebelum model Volvo C30, inilah dia model sport hatchback era 80an, Volvo 480. Ayahanda kepada C30.

Model Volvo 480 ini adalah model FF pertama dari pengeluar yang berasal dari Sweden. Tapi suka juga untuk Brader Karrager kongsikan bahawa model ini dibuat di Tanah Belanda ya melalui penubuhan anak syarikat Volvo Car B.V dan bukannya tempat asalnya di Sweden.

Volvo 480 yang kelihatan sangat sporty dan seksi di kala itu dan kala ini, mula dikeluarkan pada tahun 1986 sehinggalah ke tahun 1995. Boleh tahan lama jugalah tempoh produksinya. Bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa ini adalah sebuah model hatchback yang sporty, maka Volvo 480 ini cuma mempunyai empat tempat duduk sahaja dan bukannya lima seperti kelaziman. Bolehlah mana – mana kawan serumah yang belum ada kereta, nak menumpang bersama pergi menonton Drive-in cinema bersama pasangan masing – masing.

Menarik tentang rekaan Volvo 480 ini, ia langsung tidak menampilkan ciri sebuah Volvo. Rekaannya terlalu lain Rekaan gril Volvo yang tipikal itu hampir langsung tidak kelihatan. Ianya tersorok di bahagian bawah. Begitu juga dengan penampilan lampu utama jenis pop-up. Satu – satunya model Volvo yang menggunakannya. Memang nampak Playboy habis barang siapa yang memandunya sambil siku terkeluar tingkap. Terima kasih kepada perekanya, John De Vries dan tidak lupa juga Briton Peter Horbury, yang bertanggungjawab untuk merekabentuk ruang dalaman. Eh kejap, Pakcik Peter Horbury kalau nak tahu sekarang ini merupakan orang Geely.

Rupanya dah sporty, sudah tentu enjinnya juga perlu handal. Volvo 480 ini dilengkapi dengan enjin B18FT. Bermula keluaran 1988, enjin turbo turut diperkenalkan bagi bagi menggantikan enjin NA sebelumnya (1.7 liter menggunakan nadi milik Renault) yang sudah tentu tak cukup power. Enjin turbo ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 120 HP dan mampu mencecah sehingga 200 km/j ketika pedal minyak mencecah lantai.

Tapi yang pasti, bahagian belakangnya cukup sinonim dengan model C30 kan? Iya, selepas mula diperkenalkan pada model 1800ES, inilah model kedua yang menggunakan tailgate kaca yang boleh dibuka sepenuhnya. Memang lejen habis.

Dan tahukah, bahawasanya sebuah model Convertible pernah dirancang (prototaip sudah pun siap) akan tetapi produksi massa tidak dapat direalisasikan dek kerana masalah ekonomi meleset sekitar penghujung 80an. Sayang kan?

BACA : VOLVO V60 – SATU LAGI WAGON YANG SANGAT MENARIK DARIPADA VOLVO

BACA : VOLVO 1800ES – WAGON SPORTY ERA ROLLING STONES

Tags
Google ads
Back to top button