
TAK ADA BREK BRO! AMG GT R RM 1.7 JUTA TERBANG DI SEPANG
Minggu lepas, suasana di Litar Antarabangsa Sepang bertukar cemas apabila sebuah Mercedes-AMG GT R, bukan GT biasa tapi GT R yang bernilai sekitar RM1.7 juta mengalami kemalangan yang serius akibat kegagalan brek.
Kereta milik seorang peminat permotoran dari Singapura dan dipandu oleh pelumba berpengalaman Roy Tang, dipercayai hilang kawalan brek pada kelajuan 229 km/j, sebelum melanggar benteng keselamatan selepas zon membrek. Berdasarkan vido yang tular, pemandu sempat menjerit “No brake!” sebelum insiden berlaku. Fuh.
Mercedes-AMG GT R, Bukan Calang-calang
Kita bukan sembang pasal Myvi yang diubahsuai secara Ah Beng dan dipandu laju di Karak dalam konteks ini, sebaliknya jentera ini adalah AMG GT R yang datang terus dari ‘Green Hell’ Nürburgring. Dikuasakan dengan enjin V8 4.0L Biturbo yang menjana 585 PS dan 700 Nm lengkap dengan sistem brek berprestasi tinggi iaitu brek carbon-ceramic dengan caliper besar macam roti canai dua keping.
AMG GT R diberikan cakera brek depan sebesar 390mm lengkap dengan sejukan cross drilled & ventilated. Ia datang secara standard dengan dihasilkan daripada sebatian besi tuang prestasi tinggi ATAU pemandu boleh menaiktaraf pada brek carbon seramik yang bersaiz 402mm.
Angkup brek pula dihasilkan daripada aluminium monoblock dengan 6 piston bagi kuasa brek liar biasa. Pelapik brek pula dihasilkan daripada high friction compound (AMG Performance Pads). Cakera brek belakang datang dengan saiz 360mm dihasilkan dengan sistem sama bagi brek depan termasuklah angkup brak serta pelapik brek
Cakera brek ini pula dihasilkan daripada carbon fibre reinforced silicon carbide (C/SiC) yang bukan murah untuk dihasilkan. Secara keseluruhan berat sistem brek carbon seramik adalah 20kg – 25 kg lebih ringan menjadikan brek ini sangat unggul
Brek belakang juga boleh dinaiktaraf dengan carbon seramik jika pemandu mahu, dan secara automatik ia akan diberikan 4 piston jika pemilik memilih brek seramik. Malah terdapat beberapa ciri tambahan lain yang menjadikan brek AMG GT R sangat istimewa. Antaranya ialah:
- Sistem penyejukan brek aktif (air ducts untuk airflow ke cakera & pad)
- ABS Sport-Tuned untuk prestasi di trek
- AMG DYNAMIC SELECT dengan mod “RACE” yang melaraskan kepekaan brek & ESC
- Brake Assist System (BAS)
- Pre-Fill Function: bila lepas pedal minyak, sistem pre-load brek sedikit (untuk respons pantas)
Tapi malangnya, bila brake fade datang, tak kira la berapa juta pun harga kereta tu pasti ia akan mengalami kegagalan brek yang berakhir dengan kemalangan.
Kenapa Boleh Jadi Macam Ni?
Mercedes-AMG GT R memang dilengkapi dengan sistem brek prestasi tinggi. Tapi walaupun brek “power”, brake fade tetap boleh berlaku, terutamanya di litar, atas beberapa sebab:
1. Overheating (suhu terlalu tinggi)
Di litar, brek digunakan dengan sangat agresif dan berulang kali ,contoh daripada kelajuan 250 km/j ke 80 km/j dalam masa beberapa saat. Jika sistem brek tak cukup penyejukan atau air duct tak berfungsi sempurna, cakera dan pad akan menjadi terlalu panas, dan geseran pun menurun.
Salah satu aspek yang mengawal geseran ialah pekali geseran, dengan pekali geseran yang bagus patut bernilai 0.2. Jika suhu menjadi terlalu panas, pekali geseran akan terjejas. Anda kena ingat, walaupun brek carbon seramik digunakan, ia akan mengalami masalah brake fade jika suhu mencapai 800–1000°C,
2. Brake fluid boiling (cecair brek mendidih)
Kalau cecair brek (brake fluid) terlalu lama tak ditukar atau tak cukup tahan suhu (DOT 4 biasa vs. DOT 5.1 atau racing fluid), ia boleh mendidih bila suhu naik — menyebabkan brake pedal rasa lembik atau hilang tekanan (vapour lock).
3. Pad brek tak sesuai atau kehausan
Ada kemungkinan pad yang digunakan tak sesuai untuk litar (contoh: street pad, bukan racing pad). Bila pad tak direka untuk suhu tinggi, ia akan mula “glaze” (permukaan jadi licin dan panas) dan kurang menggigit.
4. Kesilapan naik taraf (upgrade problem)
Terdapat laporan tidak rasmi mengatakan sistem brek telah dinaik taraf, tapi tidak jelas bagaimana ia dibuat. Kalau pad, rotor, atau caliper brek ditukar tanpa menyesuaikan sistem lain seperti master cylinder, fluid, atau cooling, naik taraf ini boleh ganggu prestasi.
5. Tekanan pemandu + cuaca
Kalau cuaca panas dan pemandu memandu secara agresif dalam pusingan yang banyak berturut-turut tanpa “cool down lap”, sistem brek tak sempat sejuk sepenuhnya. Ingat sistem brek AMG GT R masih lagi untuk kereta biasa (street car) dan bukannya jentera perlumbaan. Litar macam Sepang pun memang terkenal ‘killer’ sebab ada banyak heavy braking zone (contohnya T1, T4, T9, T15).
Kesimpulan:
Brake fade boleh berlaku walaupun pada kereta mahal dan sistem brek hebat, jika pengurusan haba, penyelenggaraan, dan setup tidak sempurna. Litar mendedahkan kelemahan ni lebih cepat berbanding jalan biasa. Kalau nak masuk litar pastikan brekdisiapkan dengan betul termasuklah ducting, pad, fluid, dan cooling lap
Jika masuk track day, ramai pemilik akan tukar pad kepada racing-spec, dan tukar brake fluid kepada yang high-temp (DOT 5.1 atau racing fluid dengan boiling point >300°C).