Buletin

TAK CUKUP DENGAN SEDAN, AFEELA – JENAMA USAHA SAMA SONY, HONDA BAKAL PERKENALKAN SUV EV PULA

Afeela, syarikat usaha sama kenderaan elektrik baharu antara Sony Jepun dan Honda, merancang untuk memperkenalkan barisan tiga kenderaan menjelang 2030.

Menurutnya, kenderaan elektrik baharu itu bertujuan untuk bersaing dengan Tesla di A.S. selain, terdapat rancangan untuk memproduksi SUV dan kenderaan elektrik kompak kos rendah.

Perkongsian itu memperkenalkan prototaip pertamanya, sedan elektrik sepenuhnya dan berteknologi maju, di CES 2023.

Untuk rekod, kenderaan ini akan dipasarkan di bawah model baharu membentuk jenama Afeela.

Kini, laporan mendedahkan sedan itu hanyalah permulaan, di mana sumber tidak dinamakan memberitahu bahawa, SUV EV akan diperkenalkan pada 2027, sementara sebuah kereta kompak mampu milik akan tiba pada 2028.

Ketiga-tiga kenderaan itu akan diperkenalkan di bawah jenama Afeela dan akan menggunakan platform yang sama untuk menyelaraskan kos pengeluaran.

Walaupun butiran khusus pada masa ini terhad, laporan menunjukkan bahawa SUV itu akan mempunyai teknologi yang lebih maju berbanding sedan.

Sementara itu, kenderaan kompak pula akan mengutamakan pengurangan kos dengan menampilkan ciri teknologi dan saiznya adalah sama dengan Toyota Corolla atau Volkswagen Golf.

Bagi teknologi pula, sudah tentu ‘air tangan’ Sony memainkan peranan penting termasuk kerjasama bersama Microsoft untuk mencipta pembantu suara yang memanfaatkan teknologi AI.

Sistem infotainmen, direka bersama dengan Epic Games, mengusahakan permainan video yang boleh dinikmati pemandu dari kenderaan mereka.

Walaupun masih dalam peringkat pembangunan, sedan Afeela akan menampilkan pek bateri lithium-ion 91kWh dan motor pada setiap gandar, berupaya menghasilkan 483hp.

Google ads
"
"
Back to top button