Artikel Pilihan

TRAK PIKAP RAM 3500 PATAH DUA, TERLEBIH MUATAN. JAMINAN DITOLAK

Dalam sat kejadian yang tular di Amerika, sebuah pikap trak dari jenama RAM iaitu model 3500 telah patah kepada 2 bahagian dan tersadai di tepi jalan di Baja California. Lebih malang lagi kos pembaikan dan penggantian cesi ladder fram RAM 3500 ini dianggarkan memakan modal sehinga RM 75,000 dan MOPAR iait syarikat yang memasang peralatan camper ini enggan melayan tuntutan jaminan yang diminta

Mike Pavel iait pemilik RAM 3500 berkata trak pikap miliknya telah dipasang dengan camper Eagle Cap 1165 semenjak dari ia dibeli baru dan telah dipandu sejauh 40,000km merentasi pergunungan Rocky, Pacific Northwest dan juga Baja tanpa sebarang masalah sehinggalah traknya patah 2 secara tiba-tiba.

Kapasiti muatan maksima bagi trak pikap RAM 3500 ialah sekitar 3483kg bagi model yang lebih panjang dengan enjin 6400cc Hemi V8 pacuan 2 roda. Bagi model yang dibeli oleh Mike dengan enjin Cummin 6700cc 4×4, berat maksima yang mampu ditampung hanyalah sekitar 2653kg sahaja

Masalahnya ialah berat camper sahaja mencecah 2222kg termasuklah bekalan bahan mentah yang dibawa. Berat ini tidak termasuk berat penumpang, peralatan lain dan barangan yang lain apabila diletakkan di dalam camper akan menyebabkan berat keseluruhan camper melebihi 2653kg

Masalah ini diburukkan lagi dengan keadaan permukaan jalan sekitar Baja yang beralun dan tidak rata namun Mike masih memandu dengan kelajuan sekitar 90km/jam. Keadaan ini menyebabkan lagi cesi RAM 3500 berada dalam keadaan tertekan sepanjang pemanduan

2 hari sebelum traknya patah kepada 2 bahagian, Mike mendapati terdapat seperti bunyi bergesel dan berkeriut daripada RAM 3500 dan mengesyaki ia adalah masalah sistem suspensi, spring dan penyerap hentak. Trak pikapnya mula terbelah 2 di kedudukan 100 batu daripada sempadan Amerika-Mexico

Nasib baik Mike tersadai berdekatan dengan sebuah workshop, yang membantunya meratakan kembali RAM 3500 dan mengimpalnya semula agar MIke boleh kembali semula ke rumahnya di Tahoe iaitu 800 batu perjalan lagi

Mike juga menghubungi pihak RAM bagi meminta bantuan dan tuntutan jaminan dimana pihak RAM hanya akan memberikan gantirugi iaitu ladder frame yang baru sekiranya pihak MOPAR menerima kes gati rugi ini. Setakat ini pihak MOPAR menolak tuntutan Mike dengan alasan ia terlebih muatan.

Untuk rekod, bagi tujuan modifikasi di Malaysia ia akan dikawal selia oleh pihak berkuasa. Pihak pemasang perlu menghantar lukisan kejuruteraan, lukisan tadi perlu mendapat kelulusan sebelum modifikasi dibuat dan pemeriksaan fizikal akan dilakukan sebelum kenderaan diakui sah dan selamat. Pastikan anda memperolehi sijil perakuan yang sah jika anda membeli sebuah camper

Google ads
Back to top button