Buletin

WARGA UMW TOYOTA MOTOR TURUN PADANG, BANTU MANGSA BANJIR. IBU PEJABAT SHAH ALAM JADI PUSAT KAWALAN BANJIR

UMW Toyota Motor meningkatkan inisiatif bantuan banjir dengan menghantar sukarelawan di kawasan terjejas banjir pada 24 Disember lalu.

Inisiatif berkenaan yang disokong Yayasan Raja Muda Selangor dilaksanakan untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan keperluan asas kepada mereka.

Bahkan, Toyota turut memberi sokongan berhubung mekanik dalam melancarkan proses menangani isu terbabit.

Selain itu, kemudahan UMW Toyota Motor yang terletak di Shah Alam dijadikan pusat Kawalan Komunikasi Banjir dalam memudahkan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Menurut Toyota, para sukarelawan syarikat terbabit akan terus memberi bantuan selagi diperlukan.

Bagi meningkatkan usaha bantuan pada masa hadapan, syarikat itu memutuskan membolehkan ibu pejabat di Shah Alam ditukar menjadi Pusat Kawalan banjir yang berfungsi menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata pihaknya berdiri teguh mengukuhkan perpaduan bersama dengan komuniti.

“Masyarakat Malaysia telah mengharungi fasa mencabar berdepan banjir dan kami ingin melakukan yang terbaik dalam memberi bantuan kepada mereka.

“Kami melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir dan keluarga terjejas serta berharap inisiatif yang dilaksanakan dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau menambah UMW Toyota Motor turut terharu dengan belas kasihan yang ditunjukkan rakyat Malaysia menawarkan diri membantu masyarakat termasuk kumpulan sukarelawan kakitangan syarikat.

“Justeru, kami mengambil keputusan menjadikan kemudahan Shah Alam sebagai Pusat Kawalan Banjir pada masa hadapan sekali gus dapat memberi perlindungan dan pengumpulan barang bantuan sebelum diagihkan kepada pusat-pusat pemindahan,” ujarnya.

Beliau menambah pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir juga dialu-alukan untuk parkir kenderaan mereka di premis berkenaan.

UMW Toyota telah mengagihkan keperluan asas termasuk dapur masak, kipas dan cerek kepada isi rumah terjejas dengan harapan dapat meringankan beban mereka.

Ravindran antara yang membantu dalam inisiatif tersebut adalah Toyota Suppliers Club Malaysia, DENSO Malaysia, Toyota Tsusho dan Sime Kansai.

UMW Toyota Motor turut memberi bantuan kepada warga kerja yang terjejas akibat banjir.

Ia termasuk pembaikan kenderaan peribadi yang didaftarkan di bawah nama para pekerja berkenaan, bantuan kewangan dan pengagihan keperluan asas.

Bantuan terhad kepada 100 kenderaan sahaja dan tanda tangan ganti rugi diperlukan.

Google ads
Back to top button