,
Artikel PilihanMotosikal

CHASIS BARU KTM MEMANG f***KING S**T! – JOHANN ZARCO

Dua tahun lalu, pelumba Perancis ini berjaya menduduki podium menerusi jentera Yamaha M1 dalam pasukan yang sama Tech 3. Namun pada pembukaan MotoGP Jerez hari ini beliau terjatuh bukan sekali tetapi dua kali dalam kedua-dua sesi latihan bebas.

“Apa yang kami cuba baiki pada motosikal ini hanya menghasilkan kesan yang lebih buruk.

Catatan masa akhir dalam kedua-dua sesi FP1 dan FP2 ialah
1m 39.366s – sekaligus meletakkannya pada posisi ke 20 dalam kedudukan keseluruhan.

Chasis baru yang pertama kali diuji di Le Mans hanya “bagus sedikit” dan Zarco masih bergelut dengan posisi bahagian hadapan jentera di litar Jerez yang meliputi selekoh yang panjang dan laju.

Semasa mencari punca kemalangan pagi ini di selekoh ke 11, beliau hanya memberi komen “[either] we are f***ing s**t in chassis, or we are f***king s**t in controlling power.”

Pelumba berusia 28 tahun itu memberitahu bahawa pasukannya memang berada dalam keadaan yang sukar.

“Bertenang adalah cabaran paling besar buat saya masa ini. Menerima apa yang ada dalam projek ini dengan apa yang saya usahakan selama ini memang sukar, benar, sangat sukar,” ujar Zarco.

“Hari ini saya cuba bermula dengan baik dan mengesan masalah sebenar jentera ini. Saya boleh sesuaikan diri dan semuanya nampak berjalan lancar.

“Hanya pada pusingan terakhir saya masuk terlalu dalam di turn 11 dan terjatuh. Ia agak laju dan saya tersentuh garis putih dalam selekoh, tapi semuanya OK, tiada masalah.

“Tapi pada tengahari, nampak macam tiada peningkatan. Saya terjatuh lagi di selekoh kedua. Ia adalah selekoh yang perlahan. Suhu tak membantu tapi apa yang saya cuba baiki pada motosikal ini nampaknya menghasilkan kesan lebih buruk.

Ketika ditanya tentang chasis baru KTM Zarco berkata, “Ia adalah kerangka baru yang kami telah uji di LE Mans. Ia bukan sesuatu yang magis, tapi saya boleh kawal motosikal sedikit lebih baik”

Berbeza dengan rakan sepasukannya yang berjaya menamatkan sesi latihan di tempat ke-12, Pol Espargaro mengakui terpaksa mengubah beberapa kali cara tunggangan.

“Saya cuba untuk memaksa jentera ini di selekoh, posisikan badan saya seolah-olah saya adalah pembonceng motosikal, bukan penunggang, Espargaro memberi komen.

“Tapi masalahnya, bila anda berada pada posisi tersebut, jika berlaku sesuatu pada motosikal, anda tidak boleh mengawalnya lagi”

Tags
Google ads
Back to top button