Buletin

TAN CHONG MOTOR HOLDINGS BHD CATAT KEUNTUNGAN BERSIH RM6.88 JUTA PADA SUKU KETIGA 2022

Tan Chong Motor Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM6.88 juta atau 1.05 sen sesaham pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2022 (3QFY22).

Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 66 peratus iaitu RM729.87 juta untuk 3QFY22 berbanding RM439.27 juta pada 3QFY21.

Pada setahun lalu, Tan Chong Motor Holdings Bhd telah mencatatkan kerugian bersih RM44.20 juta atau 6.78 sen sesaham.

Antara faktor kerugian tersebut adalah jualan tahunan tidak begitu memberangsangkan setelah operasi terganggu akibat Covid-19.

Hasil pertumbuhan telah meningkat sebanyak 38 peratus, RM2.31 bilion berbanding RM1.67 bilion dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Peningkatan hasil ini membantu mengurangkan kerugian bersih untuk sembilan bulan pertama tahun 2022 kepada RM6.40 juta daripada RM58.68 juta.

Walau bagaimanapun, permintaan untuk model popularnya mungkin akan terganggu kerana kekurangan bekalan, namun Tan Chong Motor yakin ia akan bertambah baik menjelang tahun hadapan.

Tan Chong Motor Holdings Bhd akan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi kesan buruk daripada varian baharu Covid-19, kadar faedah lebih tinggi, nilai dolar AS yang lebih kukuh, peningkatan kos bahan serta gangguan rantaian bekalan.

Saham Tan Chong Motor tidak berubah ketika ditutup dengan catatan RM1.12 sesaham pada hari Selasa, memberikannya modalan pasaran RM752.64 juta. – The Edge Markets

Google ads
Back to top button