Buletin

NAK LAWAN TESLA, PEMILIK KERETA EV SONY DAN HONDA BOLEH MAIN PS5 DALAM KERETA

Sony dan Honda kini melangkah lebih maju berbanding pesaing mereka dalam dunia automotif dengan menggunakan muzik, filem, malah meletakkan PlayStation 5 dalam kenderaan.

Ini bermakna pemilik boleh bermain Gran Turismo 7 dalam kereta mereka dengan selesa.

Usahasama yang baru terbentuk itu mahu memanfaatkan sepenuhnya perubahan kecenderungan pengguna dan menyediakan gajet berteknologi tinggi ke dalam industri automotif.

‚ÄúSony mempunyai kandungan, perkhidmatan dan teknologi hiburan yang menggerakkan orang ramai. Kami menyesuaikan aset ini kepada mobiliti, sudah tentu ini adalah kekuatan kami berbanding Tesla,” kata Presiden Sony Honda Mobility, Izumi Kawanishi.

Meskipun idea tersebut kedengaran tidak realistik, namun Sony Honda Mobility akan menyesuaikan proses pengeluarannya untuk mengutamakan kandungan.

Selain memberi fokus pada keselamatan kenderaan pandu sendiri, Sony Honda Mobility memberitahu ciri hiburan serta rangkaian gajet akan memberi nilai tambah kepada kenderaan jenama mereka.

Tambah Izumi Kawanishi, pemanduan autonomi perlu berubah dengan ketara dari tahap semasa. Walaupun ia akan mengambil masa untuk melaksanakan sebarang kemajuan pada kenderaan.

Sama ada matlamat Sony Honda Mobility ini mampu dicapai atau tidak, kita hanya boleh menunggu sehingga pengeluaran pertama iaitu pada tahun 2025 di Amerika Syarikat.

Google ads
Back to top button