Pandu Uji

NISSAN TEANA – BERMULA RM139,800

Petang tadi, pengedar kenderaan jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) melancarkan Nissan Teana serba baharu. 

SONY DSC

Teana sememangnya model penting buat Nissan. Sejak ia dilancarkan di pasaran China pada Februari 2013 (dikenali dengan nama lain di pasaran berbeza) Teana telah mencatat jualan sebanyak 600,000 unit di seluruh dunia.

Di pasaran tempatan, Teana didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.0XE, 2.0XL dan 2.5XV. Harga yang ditawarkan bermula RM139,800 untuk model 2.0XE, RM149,800 (2.0XL) dan RM169,900 bagi varian 2.5XV.

SONY DSC

Untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak pula, penambahan harga cuma RM1,000 berbanding di Semenanjung Malaysia. Harga yang dinyatakan adalah di atas jalan termasuk insurans.

“Kami mensasarkan untuk menjual kira-kira 500 unit Teana sebulan. Pada tahun lalu, kami berjaya menjual lebih 1,600 unit Teana. Dengan pengenalan Nissan Teana generasi ketiga ini, kami optimis untuk meningkatkan penguasaan pasaran sedan segmen D daripada lima kepada 25 peratus,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, DatukDavid Chen.

SONY DSC

Harga kompetitif itu banyak disumbang oleh aspek lokalisasi alat ganti yang kini mencecah 40 peratus. Hasilnya, harga rendah dapat ditawarkan dengan spesifikasi lebih tinggi untuk kepuasan pelanggan.

Bagi merancakkan jualan Teana, ETCM telah bekerjasama dengan beberapa buah bank panel seperti Public Bank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Alliance Bank, RHB Bank dan Affin Bank untuk menawarkan kadar faedah serendah 2.48 peratus.

SONY DSC

Selain harganya yang cukup menarik, pemilik sedan segmen D itu bakal menerima layanan istimewa. Melalui servis premium Teana Total Care, pelanggan boleh memilih cawangan yang ingin kereta mereka diselenggara, mempunyai akses terus dengan pengurus bengkel dan ruang servis serta jaminan waktu penghantaran apabila kereta diservis.

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualannya, ETCM akan membuka lima lagi pusat 3S.  Lokasi yang telah dikenal pasti ialah Kuching, Bintulu, Tawau, Glenmarie Shah Alam dan Johor Jaya. Buat masa sekarang ETCM sudah pun mempunyai 13 pusat 3S di seluruh negara. Bukan itu sahaja, ETCM juga akan membelanjakan sekitar RM2 hingga RM3 juta untuk menaik taraf kemudahan sedia ada.

SONY DSC

Sempena pelancaran Teana, V Kool Malaysia telah bekerjasama dengan pihak ETCM. Hasil kerjasama itu membolehkan pembeli memasang filem keselamatan yang menepati piawaian JPJ pada harga diskaun sebanyak 50 peratus.

Melihat kepada spesifikasinya, perubahan utama pada Teana serba baharu ialah penggunaan enjin QR25DE yang didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control). Penambahbaikan yang dibuat pada  julat tork yang rendah dan sederhana membuatkan prestasi pemanduan varian 2.5XV semakin lancar dan ekonomikal.

Nissan-Teana-launch-mekanika (4)

Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm). Harus tahu bahawa ini merupakan kali pertama Nissan menukar enjin 2.5 V6 kepada enjin empat silinder. Langkah ini didorong oleh syarat emisi karbon yang semakin ketat di negara-negara maju. Di samping ingin meningkatkan tahap penjimatan bahan api.

Nissan mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (18)

Ketiga-tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi seterusnya. Ia bukan sahaja menawarkan penjimatan bahan api, malah lebih berkuasa dan memberikan pecutan yang tepat terutama ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Ia juga tahan lasak berbanding transmisi automatik konvensional.

Dianggarkan 70 peratus komponen XTRONIC CVT telah direka semula untuk mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya lebih kompak. Berdasarkan kepada data ujian dalaman Nissan, Nissan Teana 2.0 liter boleh mencapai jarak 13.5km/l manakala Teana 2.5 liter pula boleh bergerak sejauh 13.3km /l.

Nissan-Teana-launch-mekanika (12)

Apa yang membuatkan Teana menyerlah berbanding para pesaingnya ialah ciri keselamatan yang ada padanya. Teana dilengkapi enam beg udara SRS, VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System) bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS (Anti-locking Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution), BA (Brake Assist System) dan HSA (Hill Start Assist).

Harus tahu bahawa semua sistem keselamatan aktif dan pasif itu merupakan ciri standard untuk semua varian!

SONY DSC

Bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna, Teana didatangkan dalam lima warna iaitu biru (warna baharu), perak, hitam, emas dan putih. Dengan semua ciri menarik ini, mampukah Teana menguasai kek pasaran yang lebih besar? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

[hr]GALERI 

Nissan-Teana-launch-mekanika (6)Nissan-Teana-launch-mekanika (2)Nissan-Teana-launch-mekanika (3)Nissan-Teana-launch-mekanika (7)Nissan-Teana-launch-mekanika (8)Nissan-Teana-launch-mekanika (9)Nissan-Teana-launch-mekanika (10)SONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button