Buletin

TAYAR DIISI DENGAN BUSA BOLEH CECAH HARGA RM45K, APA KELEBIHANNYA?

Tayar yang diisi dengan busa datang dengan faedah dan keupayaan istimewa kerana itulah syarikat sanggup membayar beribu-ribu dollar untuk tayar tersebut berbanding tayar diisi angin. Jadi bagaimana proses pembuatan tayar diisi busa?

Tayar diisi busa mempunyai sebatian pemberat yang dipanggil uretana didalamnya. Ia diisi melalui hos lalu dibiarkan selama tiga hingga empat hari. Paling penting adalah memastikan tayar tersebut tidak mempunyai sebarang udara.

Jika bekerja di syarikat pembinaan yang diliputi paku dan serpihan, tayar penuh busa adalah sesuai digunakan kerana ia tidak boleh pancit. 

Syarikat pembinaan biasanya akan menggunakan tayar yang penuh dengan busa kerana mereka tidak mahu membuang masa sekiranya menggunakan tayar angin. Sekiranya tayar anda pancit pastinya ia akan memakan waktu selain sukar untuk anda bersendirian menukar tayar tersebut tanpa sebarang pertolongan.

Selain tahan terhadap pancit, tayar dipenuhi busa memberikan trak pembinaan dengan tunggangan lebih selesa kerana PSI yang konsisten dalam setiap tayar, dan ia menambah berat tambahan untuk tugasan lebih sukar.

Jika anda mengangkut batu yang sangat berat, ia boleh menghalang anda daripada condong ke hadapan dan ia mungkin menambah 1,000 hingga 2,000 paun, bergantung pada saiz tayar.

Namun, ia juga melibatkan kos yang tinggi. Biasanya untuk mendapatkan tayar diisi busa ini, kos dikeluarkan adalah dua hingga tiga kali ganda untuk setiap tayar dan perlu membeli tayar baru kerana tidak berbaloi menggunakan tayar terpakai.

Sekiranya menggunakan tayar yang lebih kecil, ia biasanya bernilai sehingga AS$1,000 (RM4,566) setiap tayar. Dan kemudian untuk tayar seperti kegunaan trak perlombongan besar, ia akan menjadi lebih tinggi, ia menelan kos sebanyak AS$5,000 (RM22,834) hingga AS$10,000 (RM45,668) setiap tayar.

Walaupun penggunaan tayar ini adalah idea yang menarik, namun ia tidak sesuai digunakan untuk pikap bersaiz penuh mahu pun SUV, kerana ia akan menyebabkan busa menjadi cair seterusnya merbahayakan keselamatan pengguna. Biasanya, tayar yang dipenuhi busa hanya digunakan untuk kenderaan berkelajuan rendah seperti lori muatan berat.

Google ads
Back to top button