Motosikal

TEKNOLOGI LAMPU LAZER MOTOSIKAL BMW

Pada acara Pameran Elektronik Pengguna (CES 2015), BMW mempamerkan lampu utama untuk motosikal yang menggunakan teknologi lazer.

BMW-Motorrad-Laser-Headlight-mekanika (4)

Sedia maklum bahawa lampu yang dikuasakan oleh lazer sudah boleh didapati pada model BMW 7 Series dan i8. Namun, teknologi itu kini diaplikasikan pula pada model BMW K1600GTL.

Menurut BMW, lampu lazer hanya menggunakan separuh daripada tenaga lampu LED. Lampu lazer juga lebih terang, berwarna putih dan memberi jarak pancaran lebih jauh (600 meter), dua kali ganda berbanding lampu konvensional.  Cahaya lampu lazer tidak terpecah dan tidak menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain.

BMW-Motorrad-Laser-Headlight-mekanika (1)

Bagaimana lampu lazer ini berfungsi? Secara ringkasnya, lampu lazer dipancarkan ke dalam satu set cermin. Pancaran cahaya itu difokuskan ke atas lensa yang mempunyai phosphorus berwarna kuning.

Tenaga daripada lazer itu akan mengaktifkan phosphorus kuning yang kemudiannya menghasilkan cahaya terang berwarna putih.

BMW-Motorrad-Laser-Headlight-mekanika (2)

Biarpun begitu, BMW mengakui bahawa teknologi lampu lazer masih terlalu mahal untuk kegunaan motosikal produksi. Jadi, pengguna tidak akan melihat teknologi ini pada motosikal untuk masa terdekat.

Google ads
Back to top button