
TEMPAHAN HONDA HR-V 2025 FACELIFT KINI DIBUKA – LANCAR SUKU KETIGA TAHUN INI
Honda Malaysia kini membuka tempahan untuk model HR-V terbaharu di semua pusat pengedar sah Honda di seluruh negara serta melalui platform dalam talian rasmi syarikat.
Bakal dilancarkan pada suku ketiga 2025, SUV ini kembali sebagai antara model paling popular dalam segmen B-SUV tempatan, mengekalkan statusnya sebagai model bukan nasional paling laris setakat lima bulan pertama tahun ini.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015, HR-V telah menjadi penanda aras dalam segmennya, dengan lebih 169,000 unit telah dijual di Malaysia sehingga Mei 2025.
Model baharu ini tampil dengan rekaan lebih segar dan kemas, menyerlahkan identiti moden SUV ini. HR-V e:HEV RS hadir dengan beberapa pembaharuan menarik termasuk gril hadapan berkonsep minimalis, rim aloi dua tona 18-inci, dan jalur lampu belakang LED penuh yang memberikan sentuhan premium.

Dari segi prestasi, versi hibrid e:HEV dilengkapi dengan enjin 1.5L yang menghasilkan kuasa 131PS dan tork 253Nm.
Tiga mod pemanduan disediakan (Econ, Normal dan Sport), menjadikannya fleksibel untuk pelbagai keadaan jalan.
Bagi mereka yang mahukan pemanduan lebih bertenaga, HR-V turut ditawarkan dengan enjin 1.5L DOHC VTEC Turbo yang menghasilkan 181PS dan 240Nm.
Satu lagi pilihan ialah enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan output 121PS dan 145Nm – ideal untuk keseimbangan antara kecekapan bahan api dan prestasi harian.
Ciri keselamatan dipertingkatkan dengan kehadiran Honda SENSING yang kini merangkumi Adaptive Driving Beam dan Active Cornering Light, untuk memberikan perlindungan tambahan.
Menambahkan daya tarikan, HR-V kini tersedia dalam dua pilihan warna baharu:
- Phoenix Orange Pearl
- Crystal Black Pearl
Untuk membuat tempahan, pelanggan boleh melayari prebook.honda.com.my atau menggunakan aplikasi HondaTouch.
Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di pengedar sah Honda seluruh negara, melalui talian 1-800-88-2020 atau di www.honda.com.my.
- BACA: KAWASAKI Z 1100 RS BAKAL DEBUT TAHUN INI – 136HP, 112NM
- BACA: UD TRUCKS KUZER SKE 155 BAHARU DILANCARKAN – DUA VARIAN; 7.5 TAN DAN 8.5 TAN, NADI 5.2L EURO IV
- BACA: JAC T9 EV TERIMA ANUGERAH PIKAP BEV 4X4 PERTAMA MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS
- BACA: ZEEKR TUBUHKAN ZEEKR INTELLIGENT TECHNOLOGY DI MALAYSIA




