Buletin

ERC 2023 – KALI INI GILIRAN MARTINS SEEKS UNTUK MENANG DI RALLY POLAND

Pemandu pasukan MRF Tyres, Mārtiṇš Sesks berjaya memenangi perlumbaan pusingan ketiga FIA European Rally Championship (ERC) 2023 di ORLEN 79th Rally Poland yang telah pun berlangsung baru baru ini.

Pemandu kelahiran Latvia yang berusia 23 tahun yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 itu berjaya mendahului saingan walau pun cuba dikejar rapat oleh pesaing kejuaraan, Hayden Paddon dan hanya ketinggalan hanya 8.2 saat sahaja sewaktu saingan di hari Sabtu.

Namun Mārtiṇš Sesks terus mempamerkan pemanduan yang cemerlang untuk kekal mendahului sehingga tamat akhir saingan dan berjaya menduduki podium pertama dengan kelebihan masa 39.6 saat di hadapan Hayden Paddon. Mārtiṇš Sesks melahirkan kegembiraan dengan keputusan ini.

Dengan kemenangan ini berjaya meletakkan beliau di posisi kedua keseluruhan di belakang pendahulu saingan keseluruhan, Hayden Paddon yang kekal berada di hadapan setakat tiga perlumbaan.

Sementara itu Hayden Paddon yang di awal perlumbaan kelihatan cuba mengejar Mārtiṇš Sesks terpaksa mengubah sedikit strategi apabila mengalami kerosakan tayar kanan hadapan jentera Hyundai i20 N Rally2 dan terpaksa menggunakan satu sahaja tayar simpanan Pirelli yang dibawa.

“Sama ada kami memilih untuk terus mengejar seperti yang dilakukan sekarang dan mengalami risiko tayar pancit dan harus menarik diri”, menurut Hayden Paddon.

“Apabila memikirkan tentang kejuaraan dan pungutan mata yang ditawarkan, seharusnya berfikiran lebih bijak itulah keputusan yang harus kami ambil”. Tambah beliau lagi.

Ternyata keputusan itu dilihat lebih bijak apabila beliau kekal berada di posisi kedua dan tetap mengutip mata penting untuk terus mendahului saingan keseluruhan.

Sementara itu melengkapkan senarai podium adalah hero tuan rumah Miko Marczyk yang memandu jentara Skoda Fabia RS Rally2. Tahun sudah beliau berjaya menjuarai Rally Poland ini. Namun beliau tetap berpuas hati dengan keputusan ini memandangkan kelajuan yang diperolehi lebih baik berbanding tahun lepas walau pun berjaya memenanginya.

Sedikit info tentang ORLEN 79th Rally Poland ini, ianya dianggap diantara rali tertua di dunia apabila buat pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1921 di bandar Warsaw. Rally Poland ini merayakan ulang tahun 100 tahun penganjurannya pada tahun 2021 menjadikannya ianya kedua tertua selepas Rallye Monte-Carlo.

BACA : ERC 2023 – YOANN BONATO MENANG DI RALLY ISLAS CANARIAS

BACA : ERC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK BUAT HAYDEN PADDON DI RALLY SERRAS DE FAFE

Google ads

B K

Back to top button