Buletin

TERKINI: CARLOS GHOSN BERDEPAN WARAN TANGKAP AKIBAT JENAYAH KEWANGAN

Pendakwa raya Tokyo telah melakukan siasatan terhadap Carlos Ghosn, pengerusi Nissan Motor Co, hari ini atas dakwaan kemungkinan penipuan laporan gaji korporatnya sebanyak beberapa ratus juta yen.

Akhbar Jepun, Asahi Shimbun melaporkan bahawa bekas CEO Nisan itu disiasat selepas terdapatnya fakta meragukan tentang laporan kewangan beliau.

Penyiasat dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah Tokyo telah melihat kemungkinan berlakunya pelanggaran Instrumen Kewangan dan Undang-Undang Pertukaran yang berkaitan dengan entri palsu mengenai penyata kewangan korporat.

Menurut Akhbar utama Jepun itu, Pendakwa bersedia untuk menangkap Ghosn, 64, menurut sumber akhbar tersebut.

Ghosn dihantar dari Renault SA Perancis untuk mengambil alih sebagai ketua pegawai operasi Nissan pada tahun 1999. Beliau menjadi presiden Nissan pada tahun berikutnya, dan terlibat memulihkan Nissan sebagai CEO dari bulan Jun 2001.

Pada masa yang sama, beliau turut menjadi presiden Renault pada 2005. Di bawah pengurusannya juga, beliau telah mengambil alih Mitsubishi Motors Corp pada 2016 .

Ghosn menjadi pengerusi Mitsubishi Motors pada Disember 2016.

Google ads
Back to top button