Modifikasi

LANCER EVOLUTION III. IMPIAN ANAK MUDA (DAN WARGA TUA JUGA)

Ribuan pemilik Wira pasti mendambakan rupa sebuah Lancer atau EVO pada kereta yang sedang mereka gunakan. Tak dapat luar, dapat enjin. Tak dapat enjin, dapat dalam. Tapi kalau dapat semua sekali, lagi lena tidurnya.

Melengkapkan modifikasi seumpama ini, tentu sekali memerlukan modal yang besar. Untungnya, ia boleh dilakukan secara berdikit, mengikut kemampuan diri. Cuma masalah problemnya bila terpaksa berdepan dengan undang-undang. Tak pasal-pasal tidur yang lena tadi, diganggu mimpi buruk lagi ngeri.

Ketika mana seorang rakan berhajat melepaskan Lancer CB miliknya, Zool tak teragak-agak untuk terus menghantar rombongan risik pinang. Bukan selalu dapat peluang cenggini. Lepas selesai urusan akad, ia segera dibawa pulang dengan muka yang atasinyium…

BACA: EVO BUAT CARI MAKAN…

Kondisi ketika diperolehi taklah sempurna mana. Secara perlahan, Zool mula mengatur langkah untuk memulakan proses naik taraf yang sesuai. Ikut rancangan, takat guna kit badan EVO III termasuk layangan kaler silver yang asal. Tapi lepas boring menghadap rupa yang sama, ia telah dirombak semula untuk menerima kit badan yang lebih ganah.

Yang dimaksudkan, penggunaan fender dan bumper depan Kansai. Ia kemudian dikembangkan dengan kit widebody Full Blast di bahagian sisi. Lain-lain aksesori yang turut membantu adalah cermin sisi Ganador, sunroof dan cermin belakang berwiper EVO III, visor lampu depan, serta lampu signal amber dari Lancer USDM.

Nampak spoiler itek kat bonet belakang tuh? Ia sebenarnya ceraian spoiler EVO II yang telah diubahsuai. Macam kacaklah pulak…

Kedudukan kereta digantung menggunakan set suspensi boleh laras Tein. Sistem hentian pulak, disalin sepenuhnya dari EVO III. Sementara rim ultra popoular Volk Racing TE37 berukuran 17-inci telah dipadankan bersama tayar Toyo Proxes R1R, untuk hiasan di bahagian rodanya.

Ruang dalam mendapat dashboard, panel pintu dan tempat duduk EVO III sebagai menu utama. Bagi mengepit badan Zool ketika membesit, sebijik Recaro SPG ditempatkan pada ruang pemandu. Beberapa komponen penting lain turut ditambah seperti stereng Momo Speed, burger dashboard, pedal RalliArt dan armrest telor. Membantu aspek pemantauan adalah 5 bijik meter Defi di ruang tengah, termasuk unit RSM dan SAFC II sebagai gajet talaan.

Kereta ini datang dengan enjin berkuasa diesel 4D68, yang mungkin pernah digunakan sebagai uber sewaktu zaman mudanya. Sebagai langkah naik taraf, ia telah disisihkan di tiang bengkel bagi memberi laluan kepada enjin 4G63T EVO III yang lebih padu.

Salinan enjin ini diberi beberapa komponen tingkat kuasa yang bersesuaian, seperti penempatan camshaft HKS 264° serta cam gear Works Engineering di bahagian kepala silinder. Memastikan sistem pendesak mampu bekerja pada tahap optimum, unit turbo TD05H yang masih digunakan, kini digantung pada sebuah manifold kustom bersama wastegate dari Tial.

Proses sejukan dibantu intercooler rekaan GReddy, termasuk binaan paip sambungan kustom. Sebaik diterima throttle body Super90, lebihan boost yang tidak digunakan seterusnya akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Tial.

 

Keperluan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, sambil dikawal regulator Arospeed. Membolehkan kabel pencucuh NGK R09 menghasilkan letusan yang sempurna, kotak ECU asal telah ditala semula menggunakan unit SAFC II dari Apexi.

Berbanding model tempatan, Lancer CB mempunyai pertalian yang jauh lebih dekat dengan siri Evolution. Hal ini memudahkan proses naik taraf, termasuk penggunaan sistem pacuan AWD sepenuhnya. Memastikan hantaran kuasanya tidak tergelincir, ruang kotak gear telah dilapik set klac jenis plet berkembar dari OS Giken.

BACA: EVO KAU HIJAU!

Lepas penat membanting tulang, pembelian dan modifikasi kereta ini umpama ganjaran paling bermakna yang mampu dihadiahkan Zool kepada dirinya. Tengok, kerja sendiri pun ada bonus. Untung la…

-PAK MAUN-

GALERI

Google ads
Back to top button