MOTOGP AUSTRIA: ROSSI SEHALUAN DENGAN BOS YAMAHA TAPI MASA SUDAH SEMAKIN SINGKAT UNTUK ‘THE DOCTOR’
Bos Yamaha MotoGP baharu, Takahiro Sumi mendapat pujian Rossi atas usaha beliau yang berusaha keras untuk menganalisa dan menangani masalah yang membelenggu jentera M1 sejak sekian lama. Tapi pelumba Itali itu juga menambah yang beliau tidak mempunyai banyak masa pada usia 40 tahun. Keputusan mesti segera dicapai dalam jangka masa terdekat.
Sumi ketika sidang akhbar di Austria menyatakan bahawa selepas mengharungi musim yang mengecewakan dan menempuh pengalaman pahit di Austria musim lepas, kini mereka bersedia untuk membuat perubahan. Bukan hanya perubahan kepada motosikal M1 tetapi juga perubahan kepada semua ahli pasukan dan cara mereka membangunkan jentera.
Yamaha masih berada dalam keadaan krisis dan kini mereka sedang bergelut dengan semua sumber yang ada untuk membangunkan motosikal yang lebih kompetitif untuk musim 2020 dan mereka telah memberi penerangan secukupnya kepada pelumba-pelumba mereka tentang masa depan pasukan.
Masalah yang menimpa Yamaha bermula seawal tahun 2016 selepas perubahan pada peraturan penggunaan sistem elektronik dan tayar. Kegagalan menyelesaikan satu masalah akan membawa kepada masalah lain. Adalah mustahil untuk menyelesaikan semua masalah sekali gus bila ia semakin membesar.
Langkah pertama ialah menyelesaikan masalah pada bahagian kritikal dan mereka berjaya meningkatkan keupayaan jentera berbanding tahun lepas. Namun masalah baru kini muncul bila dari segi kelajuan tertinggi. Kesemua pelumba Yamaha menghadapi kesukaran yang sama untuk mengatasi pelumba lain dalam perlumbaan. Satu lagi masalah ialah dari segi cengkaman.
Jentera M1 ternyata mempunyai masalah cengkaman yang sekaligus menjejaskan kawalan dan pecutan. Mereka cuba mencari penyelesaian dengan mengubah tetapi enjin dan beberapa ciri lain yang memang sukar untuk dijelaskan dan mereka berharap untu ikterus mencapai kemajuan.
Mengulas mengenai prestasi Rossi, Sumi menyatakan yang Rossi bermula dengan baik pada awal musim tetapi masalahnya ialah mereka gagal menemui tetapan yang paling sesuai untuk beliau dan ketahanan tayar itu sendiri. Ia juga merupakan satu lagi besar untuk pasukan Yamaha.
Rossi bila ditanya turut bersetuju yang masalah sudah bermula buka setahun dua tetapi sejak 2016 sehingga sekarang. Perubahan dan peningkatan memang sudah berlaku dan Yamaha kini dilihat lebih serius. Cuma Rossi berharap keputusan dapat dilihat dalam masa terdekat kerana masa dilihat sudah semakin suntuk untuk pelumba yang sudah berusia 40 tahun ini.