Artikel Pilihan

BATU CAVES. THAIPUSAM. JALAN TUTUP. SESAK. APA SOLUSINYA?

Sejarah Awal Pembukaan Kuil Batu Caves dan Mitos

Mengikut catatan sejarah, Kuil Batu Caves ini telah dibuka sekitar tahun 1891 oleh seorang lelaki yang bernama K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India. Sebagai penduduk asal di persekitaran Batu Caves, BK sememangnya cukup mahir dengan selok belok kawasan. Semasa kecil pernah beberapa kali menaiki puncak Gua Batu Caves sebagai lokasi pelancongan. Malah sewaktu menganggotai PBSM di zaman sekolah, BK juga pernah terlibat sebagai anggota bertugas dan membawa pesakit menggunakan pengusung dari puncak hingga ke bawah.

Dahulu kala sewaktu masih di peringkat Tadika, ada cakap – cakap mengatakan yang Batu Caves tu asalnya si Tanggang sebelum disumpah oleh Mak Deruma untuk menjadi batu. Tak tahu nak jatuh hukum khurafat ke tidak entah sebab percaya.

Dan Gua / Kuil Batu Caves sekarang ini selain daripada lokasi ibadat, ianya turut menjadi tumpuan pelancong tempatan mahu pun luar untuk datang melihat sendiri. Saban minggu memang ramai orang. Baguslah menggalakkan industri pelancongan dan juga .pen-jem-an.

Perayaan Thaipusam

Perayaan ini dirayakan oleh penganut Hindu secara mega di beberapa lokasi kuih di Malaysia dengan Batu Caves menjadi tumpuan utama membabitkan rakyat tempatan dan juga luar negara. Kehadiran pengunjung mencecah jutaan umat. Jadi boleh bayangkan tak berapa banyak pula kenderaan yang ingin hadir ke Batu Caves? Sesak? Padat? Itu semua adalah lumrah buat mereka yang ber-poskod-kan 68100. Cuma yang menjadi kesalan adalah masalah pengurusan sistem aliran trafik mahu pun isu ruang parkir yang cuma sekangkang kera sahaja hingga mengganggu lalu lintas.

Kesesakan Lalu Lintas Merepek

Memandangkan Batu Caves ini merupakan pusat tumpuan pelancong, maka berpusu – pusu orang ramai ingin hadir ke sini. Sama ada secara indie menaiki kereta persendirian, mahu pun jenis yang berbas. Selama beberapa bulan kebelakangan ini, kesesakan luar biasa terpaksa dihadap terutamanya buat penduduk di Taman Batu Caves, Selayang, Nakhoda, Taman Jasa mahu pun yang dari arah Ulu Yam untuk ke Pusat Bandar. Mereka akan menggunakan laluan dari Jalan Batu Caves untuk keluar ke arah MRR2. Kalau nak suruh ikut keluar ke arah Jalan Kuching dan masuk semula ke MRR2, dia pun sesak pun boleh tahan merepek juga. Tak larat hendak berzikirkan carutan sepanjang masa.

Guna laluan alternatif jalan belakang (dari arah Nakhoda / Pinggiran Batu Caves / Sri Gombak) pun serupa sesak juga.

Ini kan pula bersempena dengan Thaipusam. Jalan utama tutup berhari – hari apakah jadahnya?  Dia punya sesak pun berganda merepek. Jenuh urut dada nak istigfar. Bayangkan nak hantar anak sekolah, nak pergi kerja pun sangkut.

Langkah Penyelesaian

Ruangan parkir kereta adalah perkara yang WAJIB diberikan perhatian. Tolonglah bina parkir bertingkat sampai lapan belas tingkat pun tidak mengapa. Setidaknya ada kemudahan parkir. Tidaklah Masyarat Madani yang ada ini suka hati laki tiri mak dia punya jiran aja nak parkir tepi jalan / parkir depan kedai orang hingga mengganggu lalu lintas.

Kena bina juga akses baharu untuk masuk ke perkarangan Kuil / Gua Batu Caves ini. Bina Lebuhraya baharu untuk masuk terus ke perkarangan misalannya untuk mengelakkan kesesakan di laluan sekitar. Buat laluan masuk Lebuhraya bermula daripada Salah South pun lebih afdal rasanya. Lebih jauh barulah untung pihak konsesi nanti. Tapi bila time Thaipusam, kita bagilah tol percuma. Barulah Kerajaan Prihatian kan?

Atau pun boleh dianjakkan sedikit Batu Caves ni ke belakang. Kalau boleh anjak sampai ke Wira Damai. Belakang tu pun banyak juga kawasan lapang. Daripada sibuk nak naik pangsapuri eloklah diperbesarkan perkara – perkara di atas. Mustahil tak boleh anjak. Kita ni kan ramai tenaga mahir untuk fikir benda benda gini. Kalau rasa nak mengalah, mungkin guna kaedah Jin boleh selesaikan hal rumit sebegini dengan pantas. Cuma mungkin upah dia ayam seekor sama pulut kuning mungkin tidak memadai. Entahlah

Atau pun mungkin pihak MIC, MCA, Gerakan, PKR, Umno, Bersatu, Semangat 46, MPS, MBI Inc. mahu pun Prabakaran boleh mengambil isu ini dengan serius. Takkan selamanya penduduk 68100 nak kena hadap jem selamanya kan? Mana yang kata cuma setahun sekali meh cuba datang sini dalam keadaaan baru lepas makan nasi lemak sambal sotong pedas namatey lepas tu kau sakit perut tinggal dah hujung – hujung nak tercirit. Amacam?

BACA : PERANGAI MAK BAPAK HANTAR ANAK KE SEKOLAH YANG TAK SEPATUTNYA BERLAKU

BACA : SESI PERSEKOLAHAN 2023/24 BAKAL BERMULA. INI YANG PERLU DILAKUKAN OLEH IBU BAPA DEMI KEMASLAHATAN UMMAH

Google ads

B K

Back to top button