
TESLA CYBERTRUCK – SIMBOL KEGAGALAN BONGKAK KAPITALIS US
Apabila Tesla perkenalkan Cybertruck pada 2019, dunia automotif macam tidak senang duduk. Bentuk segi tiga futuristik, badan keluli tahan peluru, pecutan laju seperti sports car menjadikan ramai orang merasakan seperti kita dah melangkah masuk ke filem Blade Runner.
Elon Musk bersedia menabur janji kapasiti produksi sehingga 250,000 unit setahun, seolah-olah semua pickup tradisional akan pupus dan digantikan dengan Cybertruck yang datang dengan rekaan berkotak
Tapi memasuki tahun 2025, realitinya agak pahit untuk ditelan dengan jualan Cybertruck jauh tersasar dari hype yang asal. Bukannya jalan raya penuh dengan pikap 4×4 elektrik ini. Sebaliknya, Cybertruck ini ada yang berbaris panjang di lot kereta tak terjual.
Mari kita hadamkan beberapa angka untuk anda memahami situasi yang berlaku. Sasaran asal jualan Cybertruck ialah 250,000 unit setahun dan Musk sangat yakin bahawa angka ini akan meningkat setiap tahun. Tapi menjelang tahun 2024, realiti pahit menghentam Tesla dengan sekitar 39,000–40,000 unit sahaja dihantar kepada pelanggan
Jumlah jualan terkumpul sejak pelancaran pada akhir tahun 2023 sehingga kini adalah kurang daripada 50,000 unit. Tambah malang lagi apabila rekod jualan Tesla Cybertruck pada suku pertama 2025 hanyalah sekitar 5,000 unit sahaja mengikut unjuran data
Realiti jualan untuk Tesla Cybertruck pada suku kedua tahun 2025 adalah jauh lebih rendah lagi iaitu jatuh keada 4,300 unit, malah angka jualan ini kalah kepada jualan GMC Hummer EV dan juga jualan Ford F-150 Lightning yang terjual sebanyak 5842 unit
Tesla juga terpaksa mengecilkan purata pengeluaran semasa bagi model Tesla Cybertruck kepada cuma 20,000 unit setahun atau kira-kira 8% sahaja dari kapasiti yang Elon janji dulu. Angka ini setara dengan jualan Proton S70
Jadi kenapa Cybertruck Tidak Laku’?
1. Harga Tak Masuk Akal – Dulu masa mula umum, bakal pembeli menjangkakan harga bawah $40,000. Namun apabila mula dijual, janji ini gagal ditepati dengan varian asas bermula $60,000 dan boleh mencecah $100,000. Pickup konvensional pun ada yang lebih murah, dengan fungsi lebih praktikal.
2. Masalah Kualiti & Recall Berulang Setakat ni ada sekurang-kurangnya terdapat 8 panggilan semula oleh Tesla termasuklah isu panel badan yang boleh tercabut semasa memandu. Isu tula ini mengurangkan keyakinan pada bakal pembeli untuk membayar harga premium bagi Cybertruck
3. Imej Elon Musk & Politik – selain suka melakukan provokasi yang tidak berfaedah di media massa, penglibatan Musk dalam politik AS (termasuk membuat komen kontroversi)membuatkan Tesla menjadi jenama yang semakin dibenci oleh rakyat Amerika
4. Pasaran Global Terhad – namun kegagalan paling nyata bagi pasukan Tesla ialah Cybertruck tidak dijual secara rasmi di China atau Eropah atau Asia Tenggara (Thailand & Indonesia) kerana isu saiz dan peraturan. Dua pasaran EV terbesar dunia dan pasaran pikap terlepas dari pasukan strategik Tesla
Laman chatting Reddit pula dipenuhi dengan sindiran sinis pada Tesla, kerana walaupun Tesla sudah “bersedah” diskaun sebanyak $6,000, jualan Cybertruck masih lagi sendu.
Statistik tempahan vs pembelian memang pedih untuk ditelan oleh Tesla dengan hanya 2.5% daripada pelanggan yang membuat tempahan meneruskan pembelian. Maka jumlah jualan sekitar 46,096 unit terjual sejak pelancaran adalah sangat kecil kalau dibandingkan dengan hype global yang Tesla cipta pada 2019.
Tesla Cybertruck kini berada di persimpangan. Dari simbol masa depan automotif, ia tergelincir jadi contoh klasik “indah khabar dari rupa”. Kombinasi harga tinggi, masalah kualiti, imej CEO yang suka menyibuk hal lain, dan strategi pasaran yang terhad membuatkan Cybertruck gagal capai potensi.



