TESLA TERJUN INDUSTRI BIOTEK. BANGUNKAN VAKSIN COVID-19
Pada awal tahun, apabila kilang pengeluaran Tesla terpaksa ditutup berikutan penularan wabak COVID-19, syarikat berkenaan telah membangunkan ventilator menggunakan bahagian daripada Model 3 Tesla untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Terbaharu, Elon Musk mengumumkan Tesla akan membuat “pencetak molekul” untuk membantu pembuatan potensi vaksin yang dibangunkan CureVac di Jerman. Nampaknya, Tesla akan menceburi industri biotek pula.
“Secara prinsip, saya berpendapat sintetik RNA dan DNA mempunyai potensi yang besar.
“Pada dasarnya, penyelesaian kepada banyak penyakit adalah masalah perisian,” kata Musk menjawab pertanyaan pengguna Twitter berhubung pendapatnya mengenai projek RNA.
Dalam pada itu, beliau menambah Tesla sebagai projek sampingan akan membina kilang mikro untuk CureVac dan kemungkinan syarikat-syarikat lain dalam membantu menghasilkan CureVac COVID-19.
Kilang mikro ini akan dibina di Tesla Grohnmann Automation di Jerman yang membangunkan sistem pembuatan automatik untuk bateri dan sel bahan bakar. Syarikat berkenaan telah diperoleh Tesla pada tahun 2016.
CureVac yang ditubuhkan pada tahun 2000, membangunkan ‘pencetak’ mudah alih untuk vaksin berdasarkan mRNA. Elon Musk menyebutnya sebagai “kilang mikro RNA”.
Pencetak ini direka untuk dihantar ke lokasi terpencil dan mencipta vaksin mRNA melawan patogen dikenali seperti demam lassa, demam kuning, dan rabies termasuk penyakit baharu dan tidak dikenali.
Vaksin ini menggunakan mRNA sintetik yang boleh dimasukkan ke dalam sel secara manual untuk menghasilkan tindak balas imun.
Salah satu daripada kerjasama yang termeterai antara kedua-dua syarikat adalah membangunkan bioreaktor menggabungkan teknologi automasi Tesla Grohmann dan kepakaran pembuatan Tesla dengan coding serta percetakan mRNA CureVac.
Pada bulan lalu, CureVac memperoleh pelaburan sebanyak $300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) dari kerajaan Jerman untuk membantu mempercepatkan pembangunan vaksin berkenaan.
Walaupun Elon Musk hanya mengumumkan kerjasama bersama CureVac pada minggu ini, permohonn paten yang ditemui Electrek menunjukkan bahawa kedua syarikat telah menjalin kerjasama lebih dari satu tahun. – carbuzz.
- BACA: TESLA KINI BERNILAI RM878 BILION. KALAHKAN TOYOTA, COCA-COLA DAN DISNEY
- BACA: TERSILAP PESAN 27 TESLA MODEL 3 BERNILAI RM6.7 JUTA, LELAKI KENA BAYAR RM12.4K UNTUK BATALKAN TEMPAHAN
- BACA: SILAP TEKAN PEDAL, TESLA MODEL 3 MASUK DINDING PASARAYA
- BACA: HARGA SAHAM TESLA NAIK, MUSK LAYAK TERIMA HABUAN RM2.98 BILION!