Buletin

WRC 2024 – KALI INI GILIRAN SEBASTIAN OGIER PULA UNTUK MUNCUL JUARA DI RALLY CROATIA

Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Sébastien Ogier berjaya mencipta kejutan untuk muncul sebagai pemenang Rally Croatia yang cukup dramatik walau pun beliau hanya berada di tempat ketiga keseluruhan ketika menamatkan perlumbaan pada hari Ahad. Kemenangan mengejut pemandu lagenda tersebut cukup mengujakan disebalik kesedihan melanda dua pemandu Thierry Neuville dan juga Elfyn Evans.

Selepas tiga hari perlumbana yang cukup menegangkan di permukaan aspal yang dipenuhi penonton di sekitar ibu kota Zagreb, kemenangan nampaknya akan ditentukan antara dua pemandu, Thierry Neuville, yang memandu Hyundai i20 N Rally1, dan juga Elfyn Evans bersama Toyota GR Yaris Rally1. Bagaimanapun, ketika mereka menuju ke peringkat kedua hari terakhir ini dipisahkan hanya 2.6 saat, sekelip mata berlaku perubahan.

Thierry Neuville yang kelihatan cukup pantas selaku pendahulu telah meluncur laju dan melebar ke tepi laluan sebelum menaiki tebing terlanggar sebatang pokok. Hentaman tersebut telah memusnahkan pakej aerodinamik belakang jentera Rally1 beliau tetapi, yang paling penting, telah menyebabkannya kehilangan masa berharga kira – kira 25 saat.

Tidak menyedari masalah pesaingnya,Elfyn Evans tersilap menilai selekoh kanan yang mengetatkan pada peringkat yang sama telah berpusing, dan kehilangan 20 saat ketika dia cuba mengarahkan keretanya menghala ke arah yang betul. Ini bermakna Sebastian Ogier, yang telah menduduki tempat ketiga sejak peringkat pembukaan pada pagi Jumaat, tiba-tiba memperoleh pendahuluan 9.1 saat dengan baki dua peringkat.

Tidak seperti rakan sepasukannya, Sebastian Ogier tidak melakukan kesilapan sedemikian dan mengelaknya sekali gus berjaya meraikan kejayaan Rally Croatia keduanya dengan 9.7 saat bersama-sama dengan podium ke-100 WRC sepanjang kerjayanya.

Pun begitu, Elfyn Evans seharusnya berpuas hati untuk menduduki tempat kedua keseluruhan di akhir perlumbaan sekali gus membantu Toyota Gazoo Racing mendapatkan Keputusan podium 1- 2 dan mengutip mata penting untuk menjarakkan diri daripada pasukan Hyundai Motorsport.

Dan Thierry Neuville juga tampaknya berpuas hati untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan di sebalik insiden kehilangan masa berharga dan kekal mengutip mata berharga bagi terus mengejar kejuaraan WRC musim ini.

Melengkapkan lima tempat teratas pungutan mata adalah Ott Tanak dan juga Takamoto Katsuta.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Thierry Neuville – 86 mata
  2. Elfyn Evans – 80 mata
  3. Adrien Fourmaux – 59 mata
  4. Ott Tanak – 53 mata
  5. Sebastian Ogier – 45 mata

BACA : WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE MENANG DENGAN BERGAYA DI MONTE-CARLO

BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA UNGGUL UNTUK MENDOMINASI SAFARI RALLY KENYA

Google ads

B K

Back to top button