Buletin

TIGA PASUKAN BERSETUJU UNTUK KEKAL DALAM WRC / SISTEM HIBRID UNTUK TEMPOH TIGA TAHUN LAGI

Ini merupakan berita yang sangat dinantikan buat penggiat rali di seluruh dunia. Akhirnya, ketiga – tiga pasukan utama dalam kelas WRC1, Toyota Gazoo, M-Sport Ford dan juga Hyundai akhirnya bersetuju untuk terus kekal dalam saingan bagi tempoh 2022 – 2024 yang menyaksikan penggunaan sistem hibrid yang digabungkan bersama dengan penggunaan enjin semasa buat pertama kalinya.

Menerusi perjanjian yang dipersetujui bersama itu, ianya akan meliputi dengan sumbangan bersama diantara FIA selaku badan pengelola dan juga ketiga – tiga pembuat / pasukan membabitkan kos untuk teknologi baharu, yang mana akan memfokuskan kepada ketahanan dan juga pengurusan kos yang efektif.

Oh ya, sebelum terlupa suka untuk BK kongsikan akhirnya Hyundai turut menyatakan persetujuan untuk kekal dalam WRC. Dan mereka akhirnya mengesahkan bahawa mereka bakal menggunakan jentera baharu daripada model jalanan i20 N sebagai jentera baharu untuk musim hadapan. Manakala kedua pasukan lagi, M-Sport dan juga Toyota Gazoo Racing masih belum lagi mendedahkan model yang manakah bakal digunapakai.

Perkhabaran tentang penggunaan sistem hibrid melalui motor elektrik ini sebenarnya telah pun diumumkan pada tahun 2019 yang lalu melalui kerjasama tertutup membabitkan pembuat, WRC Promoter dan juga FIA. Kerjasama ini akhirnya bersetuju tentang beberapa perkara tentang regulasi teknikal dan telah pun mendapatkan persetujuan daripada World Motor Sport Council.

Bos besar WRC Promoter Jona Siebel memberikan pujian kepada ketiga – tiga pembuat yang akhirnya bersetuju untuk terus memberikan komitmen terhadap kejuaraan WRC di masa hadapan.

“Bersama dengan FIA dan WRC Promoter dan juga Pembuat, kami komited sepenuhnya untuk memperkenalkan kereta yang lebih hijau. Trenkuasa hibrid ini akan membentuk bahagian penting dalam industri automotif ketika dunia bergerak menuju masa depan yang lebih lestari, dan sangat penting untuk WRC sejajar dengan evolusi ini,” tambah beliau lagi.

Dan demi memastikan kestabilan serta perancangan jangka panjang, maka FIA memperkenalkan langkah untuk mengikat komitmen selama tiga tahun bagi ketiga pembuat dalam satu rangka perjanjian. Dengan perkhabaran ini juga sebenarnya bakal memberikan peluang kepada pihak luar untuk membekalkan sistem pengecasan di service park misalannya.

BACA : WRC 2022 – KERETA RALI HIBRID. OK KE TAK NI?

BACA : WRC 2022 – M-SPORT DAN TOYOTA DAH BERSEDIA. TAPI HYUNDAI APA CERITA?

Google ads

B K

Back to top button