Motosikal

SI CILIK 2 TAHUN LENJAN YAMAHA PW50 CECAH 56 KM/J

Usia bukan penghalang bagi kanak-kanak melenjan motosikal pada kelajuan tinggi.

Ia terbukti apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Britain menunggang motosikal Yamaha PW50 sehingga mencecah kelajuan 56 km/j.

Menurut Daily Mail, Daniel Bartlett dari Birmingham, England gemar menunggang motosikal tetapi masih memerlukan dua roda tambahan pada basikalnya.

Ibunya, Sophie Rodgers, 23, mengakui bimbang melihat Daniel menunggang motosikal, namun kebimbangan itu hilang selepas menyaksikan anaknya beraksi di atas motosikal.

“Agak lucu Daniel mahir me­nunggang motosikal tetapi tidak tahu mengayuh basikal.

“Kami membeli sebuah basikal ketika dia baru berusia setahun. Bagaimanapun, Daniel menjadi bosan dengan basikal terbabit,” jelas Rodgers.

Biarpun pandai menunggang motosikal, Daniel tidak begitu mahir mengayuh pedal basikal.

Sebelum menunggang motosikal, peralatan perlindungan lengkap seperti topi keledar dan pad lutut akan dipadankan pada kanak-kanak itu.

Ibu dan bapa Da­niel juga akan memastikan kanak-kanak itu tidak menunggang terlalu laju.

“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang kemungkinan buruk yang boleh boleh berlaku dan hanya fokus kepada kehebatan Daniel,” jelas Rodgers.

Wanita itu menambah, Daniel juga boleh berjalan pada usia 10 bulan dan dia tidak hairan jika anaknya sudah boleh menunggang motosikal seawal usia 2 tahun. – agensi

Google ads
Back to top button