Buletin

TIDAK MENGAKU SALAH MAKI POLIS, WANITA BERDEPAN HUKUMAN DENDA SEHINGGA RM10K, PENJARA 2 TAHUN

Sebelum ini tular mengenai kisah seorang wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis di sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Damansara. 

Wanita tersebut telah pun ditahan pada hari yang sama dan kini didakwa atas dua pertuduhan iaitu menghalang penjawat awam dan berkelakuan kurang sopan. 

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim. 

Tong Poh Kim, 44, didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan seperti stupid, idiots (bodoh) ke atas anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Keselamatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. 

Bagi pertuduhan kedua menghalang  tugas penjawat awam iaitu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, dia boleh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan sewaktu operasi sekatan jalan di Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac lalu. 

Bagi kedua-dua pertuduhan, Tong dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. Dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris, sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Mei depan. – Astro Awani

Google ads
Back to top button