Buletin

FORD RANGER RAPTOR FACELIFT 2020. TAMBAH CIRI KESELAMATAN, PORT USB. BERMULA RM208K

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini melancarkan Ford Ranger Raptor facelift yang tampil dengan pelbagai ciri keselamatan.

Jentera itu kini dilengkapi ciri-ciri bantuan pemanduan pintar berikut:

  • Brek Kecemasan Berautonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki direka untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan di hadapan trak dan dan mengeluarkan bunyi amaran kepada pemandu. Sekiranya pemandu gagal untuk bertindak balas, sistem tersebut secara automatik akan membrek bagi membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya hentaman belakang dan melanggar pejalan kaki.
  • Amaran Rempuhan Hadapan mengesan kemungkinan perlanggaran hadapan dengan mengaktifkan bunyi amaran kepada pemandu. Sistem tersebut juga pra-caj secara automatic. Ia meningkatkan sensitiviti bantuan brek untuk memberikan tindak balas menyeluruh apabila pemandu membrek.
  • Amaran dan Bantuan Keluar Lorong Sistem ini menggetarkan stereng untuk menyedarkan pemandu apabila mereka terkeluar dari lorong mereka secara tidak sengaja. Manakala Bantuan Kekal Lorong membantu pemandu kembali ke lorong asal sekiranya pemandu tidak memberi tindak balas.

Penambahbaikan lain pada Ford Ranger Raptor ialah port pengecas USB pada cermin pandang belakang. Selain lampu hadapan LED untuk penglihatan lebih jelas pada waktu malam.

Ford Ranger Raptor digerakkan oleh enjin diesel 2.0L Bi-Turbo berkuasa 213 PS dan tork 500Nm yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik.

Dengan keupayaan meredah air sedalam 850mm, sistem suspensi FOX Racing Shox dan Terrain Management System bersama enam mod termasuk Mod Baja,  Ford Ranger Raptor menjanjikan pemanduan yang sangat mengujakan.

Ford Ranger Raptor ditawarkan pada harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans). Ia boleh didapati dalam 4 warna  iaitu biru, kelabu, hitam dan putih.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pelanggan boleh mengajukan soalan mengenai Ford Ranger Raptor kepada WhatsApp Live Chat yang baru dilancarkan.

Ia berfungsi menghubungkan pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford yang terdekat bagi memaklumkan tentang stok kenderaan sedia ada. Di samping promosi yang berlangsung di bilik pameran, pilihan pembiayaan pinjaman, cukai jalan, yuran pendaftaran serta pilihan insurans melalui WhatsApp, e-mel atau panggilan telefon.

Jurujual Digital antara jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin – Jumaat. Para pelanggan hanya perlu menghantar teks ke talian WhatsApp 019-204 1200.

Semua pertanyaan akan dilayan dalam tempoh 24 jam, atau layari laman web  https://www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button