
TIGA CAWANGAN PENGEDAR SMART BAKAL DIBUKA TAHUN INI DI KOTA KINABALU, PETALING JAYA DAN KUANTAN
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) baru-baru ini melancarkan rangkaian cawangan pengedar smart baharu, membawa kenderaan elektrik smart #1 lebih dekat kepada peminat di seluruh Malaysia.
Pencapaian penting ini ditandai dengan pelancaran rangkaian cawangan pengedar smart baharu di Kota Kinabalu, Sabah, bagi memenuhi keperluan komuniti peminat kenderaan elektrik di Malaysia Timur.
Selain itu, bagi memastikan jenama ini mudah diakses, ia turut diperluaskan lagi ke Petaling Jaya dan bandar Kuantan di Semenanjung.
Turut diumumkan ialah perkongsian strategik bersama Fook Loi Eurocar Sdn Bhd untuk smart Kota Kinabalu, Naza Automotive Group untuk smart Petaling Jaya, dan Hoi Keen Service Sdn Bhd untuk smart Kuantan.

Perkongsian ini di rancang untuk menyelaraskan penggunaan kenderaan elektrik smart #1, memastikan ia menjadi pengalaman yang lancar dan memuaskan kepada pelanggan di seluruh negara.
Sesuai dengan komitmen PRO-NET untuk memupuk komuniti, rakan kongsi terpilih bakal memainkan peranan penting dalam mewujudkan ruang bagi individu untuk meneroka produk dan perkhidmatan luar biasa, selain daripada menyediakan pilihan pengecasan.
Menurutnya, fokus utamanya adalah memastikan kestabilan melibatkan peningkatan kedua-dua stesen pengecasan AC dan DC untuk pemilik smart serta orang awam secara umum.
Operasi Cawangan smart baharu ini secara rasmi akan bermula pada suku ketiga dan keempat tahun 2024, membuka pintu kepada lebih ramai individu untuk meneroka dunia mobiliti elektrik dengan smart #1.
- BACA: PROTON KUKUHKAN BEKALAN ALAT GANTI, SEDIA PENUHI PERMINTAAN PASARAN
- BACA: “LEBIH BAIK BELI KREDIT EMISI DARIPADA MEMBAZIR BANGUNKAN KERETA ELEKTRIK” – CEO TOYOTA
- BACA: PEMANDU WANITA INI LAKUKAN AKSI PIT DENGAN SELAMBA – PADAH CUBA MASUK LALUAN DENGAN GELOJOH
- BACA: PORSCHE C88, PROJEK KERETA RAKYAT YANG GAGAL!!!. TIARA LAGI SMART







