
PEMANDU WANITA INI LAKUKAN AKSI PIT DENGAN SELAMBA – PADAH CUBA MASUK LALUAN DENGAN GELOJOH
Kemalangan jalan raya memang selalu berlaku tapi kali ini kira agak rare sebab ia melibatkan seorang wanita. Wanita biasanya kalau terlibat dengan kemalangan dia punya gelabah tuhan sajalah tahu. Tapi wanita ni selamba je lakukan aksi PIT yang biasa dilakukan polis peronda di AS. Dah la tu, air muka beliau pun kelihatan selamba je dari awal hingga akhir. Cool sangat ni kak long.
Video ini dikatakan dirakam di Texas berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan SUV yang terbabit dengan kemalangan. Texas ni bukan setakat antara negeri terbesar malah ego penduduk Texas juga dikatakan cukup besar. Eleh, kata kat korang padahal kita kat sini pun sama je. Bukan reti mengalah kalau atas jalan raya.
Video bermula dengan rakaman kamera papan pemuka kenderaan wanita tersebut yang dipandu di lorong satu. Sebuah Cehvrolet Suburban kemudian memotong di lorong dua dan kemudian dengan tergesa-gesa cuba memasuki lorong satu di hadapan kenderaan perakam. Pemandu wanita itu dilihat tidak memperlahankan kenderaan dan tidak juga menambah kelajuan.
Akhirnya sentuhan berlaku antara kedua kenderaan dan kenderaan perakam bergerak ke kiri. Pemandunya? Hmm, kekal rilek sambil mengawal pendikit supaya kenderaan dipandu kekal stabil. Suburban tersebut terpesong ke kanan seterusnya berpusing akibat sentuhan ala gerakan PIT dari kenderaan perakam.
Pemandu wanita kemudian dilihat bertungkus lumus membetulkan kedudukan kereta dipandu sebelum mengelak kenderaan di hadapan dan segera memberhentikan kenderaan di lorong paling kiri. Tapi serius muka dia memang rilek. Tak ada pulak nampak nak mencarut macam dalam wayang Hollywood.
Mungkin kemalangan ini boleh dielak jika pemandu wanita tersebut memberikan ruang untuk Suburban memotong dengan memperlahankan kereta dipandu beliau. Tapi aksi masuk dengan gelojoh memang akan menyebabkan sesiapa pun panas hati. Silap kalau kami kat kejadian pun akan lakukan aksi yang sama.
Apa pun kami memang tabik pada pemandu wanita ini yang tidak panic ataupun gelabah walaupun terlibat dengan kemalangan macam. Yang nak kalut sangat pasaipa. Tak ada sapa yang mintak kemalangan aihh.








